Resepi Puding Roti Versi Cik Nor
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum...
Dah lamakan Cik Nor tak kongsi resepi kat blog. Almaklumlah idea tepu yer kawan-kawan semua.hihi. Cik Nor ni kalau rajin banyak la resepi nak kongsi. Bila dah banyak kerja sangat semua resepi dalam kepala ni hilang. hehe
Korang kalau ada roti yang hanpir-hampir nak expired dan dah tak ada selera nak makan, boleh cuba resepi Cik Nor kongsi ni. Mudah dan cepat.
Resepi Puding Roti
Bahan-bahannya :
1. Roti keping (ikut banyak mana yang ada)
2. 1/2 tin susu pekat ( ikut tahap kemanisan korang nak, kalau nak manis boleh tambah lagi)
3. 1 tin susu cair
4. 1 paket agar-agar ( kalau nak puding tu kental boleh gunakan agar-agar siam)
5. 1 sudu kecil esen vanila
6. Pewarna
7. 4 gelas air untuk masak agar-agar
Cara-caranya :
1. Masukan air dan masak agar-agar. Sementara menanti agar-agar masak sepenuhnya boleh la blend roti, susu pekat, susu cair dan esen vanila
2. Setelah agar-agar masak sepenuhnya boleh lah dimasukan bahan yang di blend tadi. Kalau sehingga sebati.
3. Campuran semua bahan tadi bolehlah diangkat dan di bahagikan kepada beberapa warna mengikut citarasa korang. Lebih kurang macam dalam gambar diatas,
4. Biarkan ia sejuk seketika dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais .
5. Sesuai untuk hidangan waktu petang. Selamat mencuba
lama betul x buat puding ni... ni yg rs nk buat time raya haji nnt...
ReplyDeletecantiknya kejadian..boleh cuba ni resepi pon senang jer
ReplyDeleteSedap pulak tengok puding cik nor buat nie..
ReplyDeletesuka juga mkan puding roti nie
ReplyDeletecantiknya puding roti cik nor!
ReplyDeleteWah, sedapnya....
ReplyDeletefebret ejulz ni :)
ReplyDeletetak pernah cuba puding roti..selalu gak nmpk org share..takut tak jadik kalau buat...
ReplyDeletePernah buat sekali je agar agar ni. Teringin, tp mlas nak buat. Hihi
ReplyDeletepernah buat sekali..guna resipe google..
ReplyDeletecantik jadi marblenyaa CikNor. CT rasa CT penah cuba kot buat dulu2 tak ingatla. yang jenis susun2 roti tu penah jugak. hehe..
ReplyDelete