Betulkah Keputusan Aku Ini?
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Korang yang mana kawan dengan Cik Nor dah tahu pasal cerita Cik Nor dah resign kerja. Tindakan Cik Nor bukannya terburu-buru tapi keputusan ini telah lama Cik Nor fikir dan setelah bertahun bersabar dengan kerenah majikan Cik Nor. Mana-mana staf syarikat lain yang telefon ke pejabat Cik Nor kerja mesti tanya. Eh..kerja lagi kat sini. Masa tu tak pelik lagi dengan pertanyaan mereka. Kini semuanya sudah berakhir.
Semuanya berlaku pantas, semasa hari kejadian Cik Nor tersangatlah banyak kerja dan terpaksa menolak dengan baik bila bos menyuruh Cik Nor membuat deraf surat. Namun penolakan itu dianggap tidak mengikut arahan syarikat. Sedangkan kerja-kerja admin hanya Cik Nor seorang yang buat. Mana sempat buat banyak kerja dalam satu masa, pasti ada yang terlupa buat. Kalau terlupa mesti kena maki hamun. Lebih baik Cik nor buat satu persatu kerja sehingga siap.
Tapi semuanya tidak diendahkan sehingga Cik Nor terima satu whatsapp dari bos Cik Nor yang mengatakan Cik Nor banyak mencanggah perintah dia dan dah banyak kali Cik Nor buat. Syarikat ini ada peraturan dan tolong ikut arahan syarikat. Terkedu Cik Nor bila membacanya. Cik Nor tidak membalas whatsapp tersebut dan keesokan harinya bos sudah berubah dan mula tidak menegur Cik Nor. Segala kerja-kerja Cik Nor diberikan kepada orang lain. Cik Nor diamkan sahaja sehingga minggu seterusnya. Nampaknya kehadiran Cik Nor ke pejabat seolah-olah tidak wujud.
Tepat 30 Julai 2018 Cik Nor menghantar notis perletakan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 29 Ogos 2018. Namun tiada sebarang komen dari mulut bos Cik Nor. Nampak sangat dia mahu Cik Nor keluar dari syarikat tersebut. Macam kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Tak kisahlah nak buat macam mana pun, Cik Nor tak ambil hati. Yang penting Cik Nor bebas dari tekanan kerja yang melampau sehingga terbawa-bawa ke rumah.
Cik Nor bukan sahaja kena sumpah seranah waktu kerja, bukan waktu kerja pun tetap kena jugak. Sampai satu masa Cik Nor balas, bos kalau nak marah saya pun simpan la waktu kerja. Ni bukan waktu kerja dah. Sampai tahap tu Cik Nor sabar. kalau korang kat tempat Cik Nor setahun belum tentu korang kerja kat sini.
Tunggu sambungannya..
Melampau dapat majikan macam tu..kalau fiqa tak tahu lah dapat sabar ke x..
ReplyDeletesabar CikNor insyallah ada rezeki lain. CT doakan CikNor =)
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki lebih baik buat cik nor nanti. Senyum2 selalu ye.
ReplyDeletememang elok angkat kaki..
ReplyDeletesemoga ada rezeki di tempat lain.
ReplyDeletekalau saya kat tempat cik nor, stress mcm ni..saya pun resign cik nor..tak pe, ada rezeki tmpt lain cik nor..insyaallah..percaya rezeki dari Allah..bukan dari bos cik nor...
ReplyDeletemacam dunia pekerjaan sekarang kan kak.sabar ye kak.
ReplyDeleteSabar ye ciknor. In Shaa Allah ada rezeki kat tempat lain pula. Kita sama-sama doakan ye
ReplyDeleteboleh buat aduan ni kat persatuan pekerja... apa majikan ingat tu syarikat dia, dia boleh sesuka hati nak makin hamun pekerja? apa dia igt pekerja ni robot ke? tak ada perasaan??? x pe cik nor, rezeki lbh baik pasti sdg menunggu...
ReplyDeletemacamnila majikan yang jenis tak memikirkan work life balance sangat..asyik memikirkan keuntungan syarikat sahaja..saya pun hadapi isu yang sama juga
ReplyDeleteMelampau betul majikan camtu kan, semoga cik nor dapat kerja yang lebih baik yer
ReplyDeleteaduh..sedihnya.tak suka dengan bos yang xappreciate pekerja.sabar ye Kak Nor..inshaAllah rezeki ada di tempat lain
ReplyDeletePernah alami jugak CikNor, saya sendiri dengar bos mengumpat sebab saya terlepas tender walhal masa tu first time buat tender dan siap masuk weekend untuk siapkan tender. Lepastu tiap kali nak kasi tugasan besar mesti dia punya ayat tu macam perli2. Sabar je la time tu..
ReplyDeleteSumpah seranah pekerja was a big mistake bos buat. Pekerja tak happy productivity down, bukan bos boleh kerja sendiri tanpa bantuan pekerja. Insyaallah,adalah tu reźeki di tpt lain. Btabahlah cik nor
ReplyDelete