Breaking News

Apa Salah Ku?


Assalamualaikum...

Kalau sebelum ini Cik Nor ada cerita kenapa Cik Nor nak sangat resign kan? Entry nya Betul kan keputusan aku ini?. Korang boleh baca kat situ. Segalanya telah Cik Nor luahkan kat situ. Suka duka selama kerja kat tempat kerja sekarang ni semuanya Cik Nor coretkan kat situ.

Ceritanya bermula selepas rehat tadi, member Cik Nor ada mesyuarat kat Terengganu. Dia suruh Cik Nor carikan surat dia yang hilang kat atas meja bos. Kebetulan bos tak ada dan pergi mesyuarat, maka berani lah Cik Nor masuk bilik dia. Korang pun dah tahu Cik Nor dah lama tak bertegur sapa dengan bos Cik Nor tu. Tak tahu dimana silapnya perangai dia terus pelik dan sampai sekarang tak tegur Cik Nor. Ke nak suruh Cik Nor mintak maaf? Memang tak la, dah lama Cik Nor sabar dengan sikap dia.

Belek punya belek timbunan kertas katas meja dia, Cik Nor terjumpala notis perletakan jawatan Cik Nor. Yang lain Cik Nor tak baca sangat, mata Cik Nor tertumpu pada item gaji. Gaji akan dibayar sekiranya pihak pengurusan berpuas hati dengan kerja yang dibuat. What? Selama ni aku dok goyang kaki jer kat pejabat? Memang hotak sangat dapat bos macam ni. Ikut kan hati jahat nak aje aku doa biar cepat lingkup company dia.

Dah kenapa nak tahan gaji Cik Nor? Semua kerja Cik Nor dah settle kan. Nak ajar budak baru yang nak ganti tempat Cik Nor sampai pandai memang tak la. Cik Nor dulu masuk kerja dengan tak tahu apa-apa sehingga sekarang Cik Nor usaha sendiri sehingga berjaya. Takat marah dan maki tu perkara biasa sahaja bagi Cik Nor. Niat di hati nak belajar terima sahaja la. Tapi bila dah terlebih-lebih maki hilang pulak kesabaran ini.

Cik Nor ada up status ni kat facebook. Masing-masing menyokong Cik nor supaya buat laporan ke pejabat buruh sekiranya gaji Cik Nor ditahan. Bukan setakat gaji, malah kat pejabat Perkeso pun Cik Nor buat laporan. Orang main kasar, kita balas cara kasar. Kalau memang tak bayar, tunggu sahaja tindakan dari Cik Nor.

Betul la kata pepatah..habis madu sepah dibuang. Sama macam nasib Cik Nor sekarang ni.

6 comments:

  1. allahuakhbar.. kenapa dia sampai macam tu sekali. sabar CikNor ada manisnya menanti cuma kena rasa perit dulu. yakin yakin.. ujianNya tiada yang sia sia..

    ReplyDelete
  2. tuntut cik nor! tu hak kita sbgi pekerja!

    ReplyDelete
  3. Allah, dugaan utk cik nor. buatlah yg terbaik nanti utk pembelaan.

    ReplyDelete
  4. Tak patut buat cmtu la dieorg ni....
    buat report kak...

    ReplyDelete
  5. betul cik nor..pi report je..bukan cik nor benti gitu, kerja menimbun tak buat..siap semua..saja cari pasal je bos cik nor tu,kan...

    ReplyDelete
  6. seteruk2 bos ejulz.. marah pagi, petang dah ok.. hehe. tp hati kena kental. hehe

    ReplyDelete