Sekarang Setiap Orang Mampu Memiliki Perlindungan Hayat Asas
Hari ini, RM6 di Malaysia barangkali membolehkan anda mendapat sepinggan
nasi lemak ayam, semangkuk mi sup atau sebungkus nasi ayam di gerai kegemaran
anda. Tetapi RM6 tidak mencukupi untuk satu tiket filem, atau burger di
restoran makanan segera.
Namun, untuk harga makanan tempatan - ia adalah masih berpatutan -
malah dengan jumlah itu, anda juga boleh memastikan bahawa keluarga anda
dilindungi sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku terhadap
anda.
Ya, kita berbicara mengenai pelan insurans nyawa serendah RM6
sebulan. Menurut statistik Bank Negara Malaysia (BNM), 65% atau 7 daripada
setiap 10 rakyat Malaysia TIDAK mempunyai pelan insurans nyawa takaful atau
pelan keluarga takaful. Tidak menghairankan, rakyat Malaysia telah dianggap
sebagai penduduk yang kurang berinsurans berbanding negara lain.
Dilaporkan untuk mengatasi situasi ini, BNM melalui Perlindungan
Tenang di bawah inisiatif nasional, berusaha menyediakan liputan insurans hayat
mampu milik, mudah akses dan perlindungan insurans nyawa ringkas untuk
melindungi rakyat Malaysia – khususnya golongan yang berpendapatan isi rumah
bawah 40% (B40) yang hanya 4% memiliki insurans.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh BNM, Tokio Marine Life
Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine Life) telah memperkenalkan
TokioMarine-StarterPack - pelan perlindungan dasar yang berpatutan yang
menyediakan liputan kematian sehingga RM50,000 pada kadar premium kurang
daripada 50 sen sehari untuk membantu mereka yang paling memerlukannya.
"Matlamat
utama kami adalah untuk menjangkau seberapa banyak yang mungkin memerlukan
insurans paling banyak, tetapi berfikir mereka tidak mampu. Pada dasarnya,
Tokio Marine-Starter Pack dicipta untuk memberikan perlindungan yang paling
asas dan penting terhadap risiko utama,"kata Encik Toi See Jong, Ketua Pegawai
Eksekutif Tokio Marine Life.
"Kami
juga memahami keperluan pembeli insurans untuk pulangan percuma, supaya kami
boleh membuat pelan mudah yang boleh didapati menerusi platform dalam talian,
tanpa memerlukan penaja jaminan perubatan," tambah Encik Toi.
Pelan
Tokio Marine-Starter Pack adalah pelan yang memberi pembayaran semula manfaat perlindungan kematian secara sekali
gus kepada keluarga atau tanggungan anda jika sesuatu yang tidak diingini
menimpa anda. Pelan ini tersedia untuk mereka yang masih muda berumur 18 tahun
(pada hari jadi) sehingga 55 tahun. Dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
Kata
Encik Toi, pelan ini juga amat relevan kerana Persatuan Insurans Hayat Malaysia
(LIAM) mendapati bahawa keluarga golongan berpendapatan berumur di antara 26-55
mempunyai jurang perlindungan yang besar, manakala mereka yang berusia di bawah
25 mempunyai kebarangkalian yang agak tinggi tidak memiliki insurans.
Jurang
perlindungan bermaksud sejauh mana keluarga yang tidak diinsurans berkenaan
berdepan dengan kehilangan pencari nafkah.
Menurut
kajian LIAM’s 2012 Underinsurance di Malaysia, para pencari nafkah golongan
berumur 26-55 biasanya berada pada fasa apabila kewajipan kewangan mereka
memuncak dari segi tanggungan, pembayaran balik gadai janji, tabung simpanan
dan sebagainya.
Oleh itu, jika
sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kumpulan pencari nafkah ini, sukar
bagi kebanyakan keluarga mereka untuk mengekalkan gaya hidup semasa - malah ada
yang mungkin menghadapi risiko kemiskinan, kata Encik Toi.
Oleh
demikian, JANGAN mempertaruhkan takdir orang yang anda sayang ditentukan
melalui nasib atau tuah, apabila tidak sampai serendah RM6 sebulan, anda mampu
membantu memastikan hidup mereka terjamin dan tidak tinggal dalam keadaan yang
teruk- atau bergantung pada bantuan orang lain - apabila anda tiada kelak.
Cinta bukan kata, tetapi adalah TINDAKAN.
Layari https://www.tokiomarinelife.com.my/StarterPack/index.html sekarang, untuk mendapatkan pilihan yang bersesuaian
dengan anda. Atau anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di 03-20596188,
untuk maklumat lanjut.
skrg sgt2 sng... xyah fikir lama2... sbb benda ni utk kebaikan bersama
ReplyDeletedulu susah nak dapatkan perlindungan ni, sekarang dengan harga murah pun dah boleh dapat. sangat bagus ni
ReplyDeleteBetul tu, la ni insuran sangat penting. Bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi untuk ahli keluarga yang tersayang juga..
ReplyDeleteMasih ramai lagi rakyat Malaysia, tak mau ambil insurans ni..Sebab kurang kesedaran pasal kepentingan insuran.Ada yg tau tapi bila kena bayar komitmen bulanan, semua ngelak..pi travel sana sini, boleh pulak..eh..kenapa sendiri pulak terasa ni..haha..
ReplyDeleteaida sekeluarga da dilindungi sejak lama....
ReplyDeletealhamdulillah :)
Mudah sekarang ada macam ni
ReplyDeletewaaa...ada perlindungan untuk insan tersayang..terbaik
ReplyDeleteWah, bagusnya. Peluang macam ni memang kena grab...
ReplyDeleteterbaek. :)
ReplyDelete