Bila Raya + Cuti Sekolah
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Lama benar rasanya Cik Nor tak menulis blog. Eh..yeke? Tak sampai seminggu pun lagi, tu pun dah cakap lama. Haha. Berangan nau ko Cik Nor, jangan perasan orang rindu ko yer. 😁😁😁. Cuti raya bermakna blog Cik Nor pun ikut sama bercuti.
Berbalik kepada tajuk di atas, bila cuti raya bergabung dengan cuti sekolah maka banyak la jemputan ke kenduri kahwin. Dengan ini tak menang duit untuk beli hadiah dan apa-barang untuk dibawa ke majlis tersebut. Dah satu hari ada 3 kenduri, korang boleh bayangkan macam mana Cik Nor rushing untuk ke semua majlis tersebut.
Sepatutnya ada 4 majlis tapi tolak kat ayah suruh dia pergi. 3 lagi Cik Nor bergabung dengan mak untuk hadiri ke semuanya. Adoi..penat jangan berkira la. Bermula selepa solat jumaat dan berakhir bila masuk waktu asar. Mak Cik Nor ada bagi cadangan lepas rumah ke 2, untuk balik mandi dulu. Cik Nor cakap tak perlu la balik sebab kalau dah balik memang tak keluar dah. Haha. Sebab ni rumah terakhir dah kita nak pergi. Mak setuju untuk teruskan misi makan kenduri kami.
Habis rumah kenduri terakhir terus balik dan bila sampai rumah, tang-tang tu gak rasa nak buka baju. Panas ni, hanya Allah yang tahu. Tapi tak buat pun sebab rumah tepi jalan raya.haha. Malam tu terus ting tong sakit kepala sebab keluar masuk ekon. Sebelum tidur terus telan penadol takut melarat sebab keesokan hari ada lagi 1 kenduri.
Tempat korang banyak jugak ke kenduri kahwin macam kat tempat Cik Nor. Jom la sharing kat kotak komen.
huih..bahaya ciknor.Jangan amal selalu mkn panadol.Huhuhu.. btw,takdop lah kenduri kat sini.Errrrr...
ReplyDeletekat JDT, hari sabtu tentu banyak jemputan kahwin.
ReplyDeletekat sini x bnyk sgt.. mgkin terlalu dekat dengan raya kot. hehe
ReplyDeleteala..kita raya haji baru ni duk umah je cik nor..tak ada bajet nak jenjalan..ada gak dpt jemputan kenduri kawen member saya & member asben..tapi dua2 nuu kat Perak..bajet tak baper nak ada ni..so duk kat umah dendiam..
ReplyDeletefushhh nasib baik cuti baru ni kita tak dapat undangan. dapat undangan open house je
ReplyDeletePerlis pun banyak kenduri cuma tak jemput zumal jer. Hehe...
ReplyDeletems raya x ada kenduri, tp kelmarin mmg ada...panas tu mmg x yah ckp laa rs nk bukak baju je hahahah
ReplyDeleteCuti sekolah yang lepas ni kami sibuk dengan kenduri di rumah MIL. Lain2 takde apa pun.. hehehe..
ReplyDelete