Breaking News

Colek Oh Colek


Assalamualaikum...

Cerita ni sepatutnya Cik Nor cerita dalam bulan puasa tempoh hari. Tapi banyak sangat kongsi resepi sampai terlupa pasal colek ni. Tambah-tambah bulan puasa masa untuk updates blog agak terhad sebab kena tidur awal, nak bangun sahur pulak.

Al-kisahnya begini. Dalam minggu ke 2 atau ke 3 macam tu la, housemate Cik Nor teringin nak makan colek. Dia tak makan kat kedai, nak bungkus makan kat rumah jer. Rimas katanya makan kat kedai. Betul gak tu. Kalau bulan puasa ramai bebenor yang nak makan colek. Kalau kat rumah suka hati ko lah nak makan macam mana pun. Kat kedai faham-faham jer lah kena control ayu gitu.haha

Bab orang ramai tu kita tinggalkan dulu. Korang tengok gambar kat atas tu korang agak RM berapa tu? Kalau Cik Nor bagitahu harganya RM10, korang rasa mahal ke murah? Bagi Cik Nor agak mahal jugaklah dengan harganya. Tengok bahan yangnya sikit yang amat. Dah la bahan-bahan digunakan dipotong tersangat la nipis. Macam tidak berbaloi dengan harganya.

Nasib la Cik Nor kongsi dengan housemate. Cik Nor nak cuba jer sebab dah lama tak makan colek kat kedai. Oleh kerana rumah dekat, maka Cik Nor selalu buat kat rumah dengan keluarga jer. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir Cik Nor beli colek kat kedai. Rasanya dia biasa-biasa jer, tak ada lah kaw sangat.

Cik Nor bukan berkira, kalau berniaga bulan puasa buatlah amal kebajikan sikit. Jangan nak fikir untung semata-mata jer. Bila lagi nak tambah pahala kalau bukan dibulan Ramadan. Fikir-fikirkan lah, selamat beramal.

11 comments:

  1. 10 ringgit..mahal la cik nor sbb portion dia sikit...

    ReplyDelete
  2. Rm10 ciknor sikit macam tu??
    Ingtkan dlm Rm5 mcm tu.

    ReplyDelete
  3. colek kat kelantan mmg ada mcm2.. dpt rasa klu blk kelantan je..

    ReplyDelete
  4. ingatkan rm5 dengan portion tu. hmm..
    sedih juga bila kena macam tu. rasa macam kena tipu oleh peniaga.
    Lainlaa kalau rasanya sedap menjilat jari, memikat hati. baru rasa berbaloi sikit

    ReplyDelete
  5. rasa macam standard harga tu..saya makan colek2 di PCB, boleh tahan harganya

    ReplyDelete
  6. mahal jugak, tp kalau sedap berbaloi lah.. kalau tak, laij kali jgn beli lg, hehe

    ReplyDelete
  7. adoi CikNor ailiorrr kite menjejes ni hahaha.. tergugat betul tengok gambar2 colek..

    ReplyDelete
  8. jujur ckp mahal laa.. igt kn dlm rm6 gitu ;-)

    ReplyDelete
  9. Dahsyatnya harga, kalau dekat Perlis boleh dapat RM4 ke bawah je

    ReplyDelete
  10. Colek apa tu CikNor? Sotong ke? Tak pernah lagi makan colek Kelantan. Aritu tengok Majalah 3 pasal colek Kelantan time puasa, terliur betul. Siap google 'colek Kelantan di Terengganu' tapi takde..hurm..

    ReplyDelete