Breaking News

Resepi Cucur Durian

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Selagi tak habis musim durian, selagi tu la blog Cik Nor kongsi resepi berkaitan durian. Harap korang bertabahlah singgah blog Cik Nor tengok semuanya berkaitan durian..hihi. Hari ni Cik Nor nak kongsi resepi mudah dengan korang.

Resepi Cucur Durian

Bahan-bahannya :

1.  2 cawan teoung gandum (ikut ramai mana nak makan cucur ni..kalau ramai nak makan kena tambah lagi)
2. 1 sudu kecil yis/mauripan (Cik Nor tak guna baking powder sebab dia rasa pahit sikit)
3. 2 sudu besar gula (Ikut citarasa korang nak manis tahap mana)
4.  1/2 cawan isi durian ( Kalau nak buat banyak kena lebihkan lagi isi durian tu)
5. 1 cawan air suam ( ikut kesesuaian)
6. Secubit garam

Cara-caranya :

1. Campurkan isi durian bersama gula dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung, yis/mauripan dan garam. Kacau sehingga sebati dan tuang air suam sedikit demi sedikit, kacau lagi sehingga semuannya sebati.
3. Biar adunan seketika lebih kurang 10 hingga 20 minit.
4. Panaskan minya dan goreng dengan api yang sederhana sehingga masak dan keemasan.
5. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dimakan. Sesuai dimakan diwaktu pagi dan juga petang.

Selamat mencuba.

10 comments:

  1. siap laa musim durian ni...mcm2 resepi berasaskan durian keluar ;-)

    ReplyDelete
  2. feveret ni..kalau dpt mmg layan...smlm adik ipo baru beli 2 biji durian..tpi nak cucur apa nya..setel malam tadi gak dua beradik tu makan...haha

    ReplyDelete
  3. sedapnya cucur durian makan panas2

    ReplyDelete
  4. Tak pernah mencuba sebab tak berapa cukup durian. Ada orang buat mcm kita goreng cempadak tu kan . Ikut mana sukalah kot

    ReplyDelete
  5. sedap nyer.
    aida pernah makan cucur durian kat perak dulu kala.
    tak pernah buat sendiri.
    nanti nak cuba la.
    sama aje ekk mcm cucur pisang :)

    ReplyDelete
  6. wahhhh 1st time ni tau ada cucuq durian. boleh cuba ni nanti.. Rasa mesti sedap erk. heheheheh

    ReplyDelete
  7. sedap tu ciknor !! Tapiii biasanya tak sempat jadi cucur la si durian raja buah ni

    ReplyDelete
  8. mesti sedap nie.. tq kongsi resepi..

    ReplyDelete
  9. Amboi menu durian sajer2 ya mentang2 musim durian..takpe bila kita pelbagaikan menu tak jemu nak makan

    ReplyDelete