Breaking News

Tips Jimat Belanja


Assalamualaikum..

Ekonomi negara sekarang tidak menentu. Sekejap barang mahal, sekejap barang murah. Oleh itu kita kenalah berjimat untuk kesenangan masa hadapan. Tak giteww korang. Meh la baca Cik Nor nak kongsi tips berjimat cara Cik Nor. Manalah tahu kot ada yang korang praktikan dalam kehidupan seharian korang..ececeh

Tips Jimat Belanja

1. Bayar Yang Penting Dahulu

Apa maksudnya tu? Maksudnya bila dapat gaji korang kena terus asingkan duit untuk bayar semua bil yang wajib dibayar setiap bulan. Selain dari bil, hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran, hutang kereta dan semua jenis hutang mesti dilunaskan mengikut waktu yang ditetapkan.

2. Elakkan Dari Selalu Makan Diluar

Nak makan kat luar sekali sekala tak ada salah nya cuma jangan selalu. Kos makan kat luar agak tinggi tambah-tambah yang mempunyai anak ramai. Kalau macam Cik Nor ni tak apalah, seorang jer. hehe. Masak dan makan dirumah lebih jimat kerana bila ada lebihan nasi malam tadi esoknya boleh dibuat nasi goreng. Kalau kat kedai tinggal situ la, malu dah nak tapau bawak balik kan. Contohnya la..hehe.

3. Elakkan Dari Menggunakan Kad Kredit

Tak salah nak menggunakan kad kredit tapi berpada-pada lah. Mana taknya, asyik swipe jer sampai tak sedar brapa banyak dah kita swipe. Cik Nor lebih suka cash dari menggunakan kat debit atau kredit. Kalau guna cash kita boleh control apa yang kita nak beli sebab tunai biasanya terhad.

4.  Wujudkan Tabung Syiling

Dulu Cik Nor tak pernah terfikir nak simpan duit syiling ni. Bila ada jer duit syiling asyik perhabiskan jer. Sehinggalah tahun lepas Cik Nor nak bercuti, masa tu dah start simpan syiling. Dapatlah separuh botol mr. potatoes tu. Alhamdulillah..dapatlah buat isi petrol full tank. Dari hari tu memang pantang nampak syiling mesti nak simpan..hehe

5. Elakkan Dari Membeli Barang Yang Tidak Perlu.

Bukan cakap korang jer yang selalu ter' beli barang yang tidak perlu tapi Cik Nor pun sama. Asal keluar nak pergi beli barang dapur mesti ada jer yang bermain difikiran. Nak itu lah, nak itu lah. Yang mana boleh kawal Cik Nor kawal, yang dah tak boleh kawal go on jer la..hehe. Tapi kalau boleh elakkan terutama shopping baju bajan. Nak shopping boleh tapi sebulan sekali jer la, bukan 2 3 kali sebulan yer..hehe

Cukup lah 5 tips dari Cik Nor, kalau korang nak tambah boleh tambah kat ruangan komen yer..hehe

13 comments:

  1. Kos mkn dekat luar tak dinafikan mmg melampau sgt sesetengah restoren...tp kami selalu pilih food court harga pun mcm mkn kt rumah kosnya lg jimat ciknor.

    ReplyDelete
  2. dah lama sebenarnya x makan kt luar... alhamdulillah dpt berjmat :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  3. tabung duit tu wujud tapi penuhnya tidak :P

    ReplyDelete
  4. Nombor lima tu paling susah nak control. Hahah! Ada aje benda yang nak dibeli.

    ReplyDelete
  5. Tu semua urusan laki hakak Cik Nor so i is malas nak masuk campur hihi...
    Kang hakak sebok sebok tanya kena tolong bayo kang baru tau! Hihi

    ReplyDelete
  6. Setiap kali saving, tiba-tiba habis..sebab sekali beli yang mahal padahal masa simpan sikit2 je. Jenuh macamni..

    ReplyDelete
  7. Memang niat nak berjimat, tapi bila duk dpn pc nie byk sgt mende boleh beli online.. aduh..

    ReplyDelete
  8. tabung duit syiling..penyelamat ketika kering!! ni dah berapa tahun dah xkorek..huhu..

    ReplyDelete
  9. yg no.5 tu mmg all da time failed..asal nak berjimat je, terbeli brg..asal nak berjimat je, terbeli..acane..adeh...

    ReplyDelete
  10. bila ada yg tanya sy, kenapa x pakai kad kredit, sy jwb sy x nk buat byk hutang. tp bla nk apply home loan, kena ada kad kredit sebagai syarat...adoiii peninggggg

    ReplyDelete
  11. Tip yg berguna ni cik nor ada yang ekin amalkan

    ReplyDelete