Breaking News

Dilema Pekerja

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Nak tak nak Cik Nor kena luahkan juga kat sini. Kalau tak meletop dalam diri kan susah jugak. Kalau luah kat sini ada juga yang sudi bagi pendapat. Sekurang-kurangnya lega sikit dapat meluahkan apa yang terbuku dihati.  Baca tajuk pun korang dah tahu apa masalah Cik Nor kan? hehe

Masalah ni dah lama Cik Nor pendam, tapi demi kelansungan hidup Cik Nor  teruskan kerja walaupun hati sakit tak tertahan. Cik Nor kerja kat tempat kerja ni bukan baru dah 7 tahun  tapi sikap bos yang sentiasa negatif terhadap pekerja kian membuatkan hati Cik Nor membuak-buak untuk berhenti kerja.  Setiap hari ada jer benda yang Cik Nor buat tak kena dimata dia. Macam-macam tuduhan yang tidak berasas dilempar kepada Cik Nor. Tapi Cik Nor sabar sebab ingat banyak hutang nak kena bayar.

Dengan kerja yang agak susah nak dapat sekarang terpaksa lah Cik Nor bersabar sementara dapat kerja baru. Masuk kerja hari pertama dah kena warning sebab Cik Nor lawan cakap dia. Cik Nor lawan bukan kata Cik Nor nak kurang ajar dengan dia. tapi Cik Nor nak tegakkan benda yang betul. Tadi ada bos Cik Nor baca satu surat dari bahagian kewangan agensi something menyatakan claim kami ditolak atas sebab tertentu. Tindakan untuk membetulkan kesalahan itu bukan ditujukan kepada kami tapi dia beria suruh Cik Nor tanya apa yang kami boleh bantu untuk selesaikan masalah tersebut.

Cik Nor bantah sebab benda tu tak ada kaitan dengan kami buat apa nak sibuk tanya, pandailah pegawai yang proses claim tu uruskan. Tugas kita cuma sentiasa follow up claim jer. Tapi bos Cik Nor ni suka fikir negatif, kalau tak ambil tindakan mesti claim lambat dapat la. Sedangkan tu tugas pegawai yang proses bukan tugas Cik Nor.

Oleh kerana Cik Nor bantah dia tadi balik kerja tadi terus dia whatsapp Cik Nor bagi warning. Katanya syarikat ni ada undang-undang, jangan suka-suka hati nak membantah. Cik Nor bantah sebab Cik Nor betul. Kalau asyik nak campur kerja orang, kerja pejabat siapa nak buat. Pernah dia marah Cik Nor kaw-kaw sebab lambat buat claim. Silap Cik Nor juga lambat buat sebab tak tahu benda tu boleh claim. Mati-mati dengan fikiran negatif dia orang tak nak bayar claim tu sebab dah lama sangat.

Cik Nor bantah juga cakap dia masa tu, Cik Nor cakap hantar la dulu. Orang nak bayar ke tak biarlah. Cik Nor keraskan hati compile semua claim dan letak atas meja dia suruh dia sign. Alhamdulillah.. berkat fikiran  positif Cik Nor claim tu dibayar. Bila dapat bayaran tak ada pulak dia complaint. Itu yang buat Cik Nor sangat-sangat sakit hati.  Banyak kali dah dia buat pasal Cik Nor lambat buat claim tapi Cik Nor sentiasa fikir positif. Selagi projek belum tamat selagi tu lah claim akan dibayar. Itu sahaja prinsip yang Cik Nor pegang setiap kali buat claim.

Sejak akhir-akhir ni mood untuk kerja kat syarikat ni memang dah down sangat-sangat. Datang kerja pun tak enjoy dan kerja semata-mata nak dapat gaji jer. Ya Allah.. permudahkanlah hamba Mu ini untuk mendapat kerja lain. Sesengguhnya aku tak sanggup lagi untuk berdepan dengan majikan yang sentiasa berfikiran negatif.  Doa-doakan lah Cik  Nor dapat kerja lain yang lebih enjoy....aamiin

11 comments:

  1. Semoga cik nor cpt dpt keja baharu. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Bersabar la cik nor. Betul memang susah nk cari kerja dan kalau kita tukar kerja pun kita tak tahu lg situasi tpt baru. Sama ada lebih elok atau lebih teruk. Tapi terpulang pada cik nor, kalau mood nak ke tpt kerja pun dah tak de elok tukar kerja. Terpulang lah..

    ReplyDelete
  3. alahai bersabar ye ciknor, takbestnya kalau kerja kat tempat macam tu. semoga ciknor dimurahkan rezeki!

    ReplyDelete
  4. Sabar cik nor..selain usahakan kerja lain..susah juga kalau hari-hari nak hadap boss macam ni..

    ReplyDelete
  5. Aamiin..slow2 cik nor..ada tu rezeki kat tempat lain..cuma rileks & steady cari kerja tempat lain..kdg kita kelam-kabut sangat,kang dpt tempat kerja yang ntah apa2..tak pun cik nor cuba bisnes ke..mana tau rezeki cik nor berbisnes ke..

    ReplyDelete
  6. sabar banyak2 ya CikNor.. biasa tu ujian kita lain2 caranya Allah uji.
    beeee strong =)

    ReplyDelete
  7. semoga ciknor kuat hadapi masalah kerja ni..saya pun ada prob di tempat kerja..

    ReplyDelete
  8. Bertabahlah Cik Nor, semoga segala urusan ciknor dipermudahkan..Aamiiin

    ReplyDelete
  9. bersabar ya cik nor... rs nya ramai pekerja yg hadapi masalah sama cuma situasi je lain... selagi kita di pihak yg benar, kita x perlu gentar. biar nnt kalau tiada lg rezeki cik nor kt situ, mereka akan kesal kerana melepaskan / melayan pekerja sebaik cik nor...

    ReplyDelete
  10. Bersabar ye cik nor semoga dipermudahkan urusan dapat kerja lain nanti

    ReplyDelete