Breaking News

Bila Tab Ko Buat Hal

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Minggu lepas tab Cik Nor buat hal lagi. Asyik keluar samsung dan tak boleh connect ke desktop.  Aduss..baru jer baiki bulan 4 hari tu. Jadi lagi benda yang sama. Melayang lagi RM80 kalau hantar kat kedai. Adoii.. dah la tengah sengkek ni. Nak resign kerja. Buntu jap..nak beli baru guna duit gak. huhu

Apa lagi caranya kalau bukan pergunakan adik sendiri. Dari dok rumah tak buat apa baik cuba baiki tab akak ko yang selalu problem ni. haha. Habis dia reset dan format balik apa yang ada dalam tab tu. Cik Nor redha jer lah janji tab boleh berfungsi balik. Cuba punya cuba kena connect ke internet juga. Nak habis data Cik Nor gunakan. Tetap juga tak boleh buka. Adoii.. macam man ni? Dah la tab tu la tempat Cik Nor cari side income.

Last sekali dia buka youtube tengok 1 persatu cara orang buat. Alhamdulillah..jadi juga akhirnya. Walaupun tak sempurna sangat. Tapi ada kesilapan juga dia buat. Dia g install aplikasi lama dalam tab Cik Nor sebab pelik ada lambang warning bila buka. Satu lagi bateri cepat habis, macam pelik jer kat situ.

Dia pun terfikir jugak kot, dia install software baru dan alhamdulillah semuanya kembali seperti sediakala. Tapi yang mengharukan Cik Nor no. tel dalam whatsapp semua hilang. Huwaa...nasib yang kat group ada lagi.  Susah tau jadi blogger ni, banyak cabaranya. Mana taknya, nak gambar sekeping jer tapi ambiknya berkeping-keping. Selagi tak berkenan selagi tu la Cik Nor ambik. Sudahnya penuh memori. haha. Tu yang telefon cepat sangat hang. Korang yang banyak gambar atau video baik transfer sebelum telefon korang buat hal. hehe

11 comments:

  1. tab ejulz lama dh xleh guna.. malas nak repair.. kalau repair rm2++ melayang. hehe

    ReplyDelete
  2. tab 2 aida da lama sunyi. charger nyer da rosak.
    mr.asben malas nak gi beli baru ha ha ha ha ha...
    if not, Ijat 24 jam berkepit dgn tab, ciknor.
    tapi, kalu charge pun tab tu kan, hidup nyer tak lama.
    da rosak jugak kot.

    ReplyDelete
  3. saya pulak tak pernah guna tab seumur hidup.. :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. yaya ade 1 je tab...
    dannn da lupa bila last guna...haha
    bertabahla cik nor ye

    ReplyDelete
  5. betul tu cik nor..nampak blogger ni, wah bestnya..dpt produk tu produk ni..tak tau di sebalik tabir nak dapat gambar yang post kat fb atau ig tu, berapa kali photoshoot..selagi tak puas hati, selagi tu lah snap snap n snap...

    ReplyDelete
  6. sy dah nk dkt sethn x gn tab... bkn masalah hang ke apa tp bateri... mmg best gn tab ni esp bla main game hahahahaha sabar ya cik nor

    ReplyDelete
  7. Kita pun ada gak tak rosak wifi xconnet dengan screen pecah sbb terjatuh huhuhu boleh dengar lagu jah

    ReplyDelete
  8. Betulla tu, mencabar betul jadi blogger. Kalau rosak tab/ henset jenuh. Dalam tu macam2 mimik muka ada sebab buat review..

    ReplyDelete
  9. Pernah kena sekali camtu terus beringat.tapii yang sedihnya handphone hilang! Hilang camtu jelah semua gambar dalam telefon tu

    ReplyDelete