Breaking News

5 Tips Tidur Lena

Sumber gambar dari google


Assalamualaikum

Sebut pasal tidur, mesti ada yang susah tidur malam kan? Macam Cik Nor tak kira siang atau malam, letak jer kepala atas bantal terus ke bulan..hehe. Iyo lah tu. Biasa kalau Cik Nor kuat tidur petang, malam memang susah nak tidur. Siapa macam Cik Nor?

Jom Cik Nor tips tidur lena dan nyenyak

1. Kekalkan Jadual Waktu Tidur

Korang kena tidur waktu yang sama setiap hari, tak kira hujung minggu ataupun hari bekerja. Tidur yang konsistensi membuatkan badan korang akan terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

2. Jaga Makan Dan Minum Korang

Korang jangan masuk tidur kalau perut terasa lapar atau terlampau kenyang.  Keadaan ini akan buat korang kerap terjaga. Kesan dari ransangan nikotina, kafein dan alkohol yang diambil mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan menyebabkan tidur korang terganggu.

3. Cipta Ritual Waktu Tidur

Korang kena lalukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan juga bermain 'game' di telefon pintar korang. Lebih baik dan afdhal sekiranya korang berzikir dan beristigfar sebelum terlena atau mendengar alunan bacaan al-Quran.

4.  Berasa Dalam Keadaan Selesa

Hias bilik tidur korang dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Korang kena pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

5. Had Tidur Waktu Petang

Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja. Jangan amalkan sellau tidur petang kerana ia akan menybabkan kita menjadi lemah. Kalau nak tidur jugak, tidur seketika di waktu tengah hari. Sekiranya korang seorang muslim elok tidur seketika sebelum masuk waktu solat zohor.

10 comments:

  1. sama la cik nor..saya pun kalau tido siang atau petang, malam confirm susah nak tido..jenuh golek2..selalunya time weekend, saya cuba elakkan tidur siang sebab tak nak masalah tidur waktu malam...tapi selalu failed..tengok tv sambil baring..so paham je la..macam cik nor gak, letak kepala atas bantal..lenaaa..haha..tau2 citer dah abis..

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian tips ni :)

    ReplyDelete
  3. Setuju no 5 : jangan tidur siang.

    ReplyDelete
  4. Samalah ciknor.. kalau tidur siang memang susah sikit nak lelap malam tu.

    ReplyDelete
  5. ada org kena dpt bantal yg selalu dia guna br dpt tidur lena... dan org tu sy lah hahahahaha

    ReplyDelete
  6. jarang nak tidur petang nanti malam tak boleh tidur

    ReplyDelete
  7. waktu tidur mek adalah 9.30 malam dan 5.30 pagi mek akan bangun. hehehe.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni asyik mengantuk je Cik nor.... entah kenapa.... nak kata penat bukan kerja pun....
    Ha a sama le kita kalau tidur siang mesti susah nak tidur mlm

    ReplyDelete
  9. aida ni pantang ada time, mesti lena ha ha ah ha ha...
    akan tak lena bila anak2 tak sihat, bila anak2 nak exam...
    hmmmmm ...

    ReplyDelete
  10. Sejak ada Zulaikha ni tidur2 ayam jer ciknor oiii..hehehe

    ReplyDelete