Breaking News

Resepi Kek Pisang Bread Maker

 

Sumber  gambar : Google

Assalamualaikum..

Dah lama juga tak kongsi resepi kat blog ni. Resepi simple banyak jugak nak kongsi tapi kerajinan tu belum ada lagi. Hari ni Cik Nor rasa macam ada sedikit kerajinan, maka Cik Nor kongsikan resepi kek pisang mudah iaitu resepi kek pisang bread maker. Jom kita lihat apa bahan-bahannya.

Resepi Kek Pisang Bread Maker

Bahan-bahannya :

1. 3/4 biji pisang (tak kira pisang apa, janji pisang tu manis)
2. 1 biji telur
3. 1/2 cawan gula
4. 1 sudu kecil garam
5. 1 cawan minyak masak
6. 1 sudu kecil soda bikabonat
7. 1 sudu kecil yis (patut guna 2 sudu soda bikabonat tapi Cik Nor letak yis sebab banyak soda kek rasa macam nak pahit)
8. 2 cawan tepung gandum ( nak guna tepung kek pun boleh)

Cara membuatnya :

1. Lenyek pisang sehingga hancur dan biarkan seketika.
2. Masukkan minyak, pisang, telur, garam di bahagian bawah. Kemudian baru masukkan tepung gandum, gula, yis dan soda bikabonat.
3. Tekan mode kek kat bread maker anda dan tunggu kek masak sendiri.
4. Mudah betul guna bread maker ni, campak-campak tunggu siap sahaja.

Resepi mudah Cik Nor menggunakan bread maker bagi mereka yang sentiasa sibuk dan pemalas macam Cik Nor.haha. Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Best kalau ada bread maker.. senang nk buat roti

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kek Pisang. Guna bread maker pun boleh ye

    ReplyDelete
  3. Cantik kejadiannya.. Ingatkan untuk roti je.. Ohsem..

    ReplyDelete