Surah Al-Kahfi
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi 18:1)
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik (Al-Kahfi 18:2)
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (Al-Kahfi 18:3)
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4)
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.(Al-Kahfi 18:5)
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.(Al-Kahfi 18:6)
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.(Al-Kahfi 18:8)
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?(Al-Kahfi 18:9)
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi 18:10)
Baca juga : Maksud Surah Al-Fatihah
Alhamdulilah.. semoga amalan kita di hari Jumaat dan hari setrusnya mendapat rahmat dari Allah..
ReplyDeletedulu sebelum PKP setiap pagi baca surah al-kahfi di dewan perhimpunan sek. skrg ni x boleh kumpul budak2 cam dulu...
ReplyDeleteSemoga kita terus istiqomah amalkan Al Kahfi nie kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih berkongsi..
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi
ReplyDeleteMari kita amalkan membaca surah al kahfi