Breaking News

Syok Jugak Menabung Dalam Paypal


Assalamualaikum..

Mesti orang bosan baca sebab Cik Nor asyik tayang duit yang ada dalam paypal jer kan? Kat IG & FB pun dia tayang, kat sini pun dia tayang. Bukan apa, nak buktikan bahawa saper2 simpan duit kat sini masih selamat. Cik Nor dah banyak kali withdraw duit dalam paypal ni bila terdesak. Kalau ada summary mesti dah beribu duit Cik Nor kat sini.haha

Kadang tu dalam RM50 dalam tu Cik Nor withdraw, nak cukupkan duit nak bayar hutang. Al-maklumlah hidup tak kerja. Ini lah sumber pendapatan yang Cik Nor ada selain dari bayaran review. Duit-duit usd ni Cik Nor dapat hasil dari menjawab survey. Survey dia mudah sangat, dapat dapat terus masuk dalam akaun paypal. Bayaran dia hanya 1usd dan 0.50usd. Tak lebih dan tak kurang.

Biasa kalau banyak suvey, sehari Cik Nor boleh dapat RM12 - RM 16 bersamaan dengan 3usd hingga 4usd. Lumayan jugak kalau hari-hari macam ni. Tapi tengok hari jugak lah. Kalau hari minggu, habuk pun tarak..haha. Melopong la sekejap kat sini. Yang gambar kat atas tu, bulan lepas kot Cik Nor withdraw nak cukup duit bayar loan kereta.

Lepas dah kosong dalam akaun, sekarang baru ada RM70 jer. Lambat nau beranak duit ni. Nak g jalan-jalan tepi pantai ni. Sempat ke nak menabung sampai hujung bulan ni?haha. Duit untuk bayaran review pun masih banyak yang pending. hurmm

8 comments:

  1. Akak ada akaun Paypal, ada 56SGD kat dalam tu...tapi x leh nak kuarkan...ada prob katanya...akaun akak dari biasa dah kena ubah ke business...x tau la acaner leh jadi macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah sayangnya kak..kalau convert RM200 lbh jgk tu. Tak cuba godek2 kak..tanya yang pakar. mana thu blh withdraw..lps duit belanja dapur..

      Delete
  2. dah lama x buka akaun paypal. rasanya masih ada baki dalam tu.

    ReplyDelete
  3. Sha ada juga sesekali duit dalam ini.. hehehe.. Syok bila convert ke duit RM.. banyak.. hehehe

    ReplyDelete
  4. kita jarang2 dpt job berbayor usd ni..hehe..tapi bila ada tu,masyukkk..haha...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah masih boleh menjana pendapatan

    ReplyDelete
  6. Salam. Menarik idea ni, boleh dicuba.

    ReplyDelete