KEMBANGKAN BAKAT SENI KREATIF ANDA DI 5 PUSAT SENI DI NEGERI SELANGOR
Sertai Bengkel dan Kelas Seni Kreatif yang Bukan Sahaja Bermanfaat, malah Menyeronokkan!
Tahukah anda, penyertaan dalam bengkel atau kelas seni merupakan satu cara yang efektif untuk menerapkan sikap fokus dalam diri seorang individu?Penyertaan ke kelas seni ini mampu mengasah minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif, tanpa mengira umur. Namun, bagi pembelajaran awal untuk kanak-kanak, pembentukan minda yang kreatif adalah penting untuk perkembangan saraf-saraf otak yang lebih optimum. Justeru, dalam artikel ini, Tourism Selangor akan mengongsikan 5 Pusat Seni untuk anda mula berkarya!
1)
Clay Expression, USJ 1
Clay Expression terdiri daripada tenaga pengajar dari
kalangan mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tanah liat. Pembelajaran
mengenai seni tanah liat diterapkan dalam diri para pelajar untuk menerokai
nilai seni yang subjektif dan dimaterialisasikan kepada sebuah objek. Jangan risau,
teknik pembuatan juga akan diajar di sini supaya para pelajar lebih mudah untuk
membentuk sesuatu okjek yang ingin dihasilkan. Harga kelas ditawarkan bermula
dari RM250 seorang untuk durasi 2 setengah jam, dan menariknya, dan anda boleh membawa
pulang tembikar hasil tangan anda!
2)
Sewing World Gallery, Subang Jaya
Siapa yang tidak tahu mengenai Sewing World Gallery? Mula ditubuhkan pada tahun 1989, organisasi ini telah menjalankan ratusan bengkel atau kelas jahitan dengantujuan untuk memelihara dan mewarisi seni jahitan dalam perkembangan fesyen masa kini. Pelbagai kelas yang ditawarkan di sini seperti Colorful Patchwork Blanket Online Workshop,Boxy Pouch Online Workshop, dan banyak lagi! Bengkel yang ditawarkan dengan harga bermula RM175 ini boleh disertai oleh individu yang ingin mula belajar menjahit!
3)
The Artsy Craftsy, Shah Alam
Tentunya daya kreativiti seseorang boleh diasah menerusi
pendedahan dalam dunia seni dan juga penyertaan dalam kelas dan bengkel seni
kreatif.Hanya dengan RM100, anda sudah boleh sertai kelas yang ditawarkan di The
Artsy Craftsy. Di sini juga, anda boleh asah kreativiti anda dalam penghasilan
seni lukisan dengan lebih mendalam, serta mampu meningkatkan pemahaman anda terhadap karya
seni!
4)
Craft No 7, Petaling Jaya
Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam
bidang kesenian, Craft No 7 yang terletak di Petaling Jaya ini menawarkan
pelbagai bengkel yang bersesesuaian untuk semua peringkat. Jadi, jangan risau
sekiranya anda adalah seorang ´beginner´,
kerana di sini tempat yang tepat untuk anda mengasah bakat seni anda! Bermula dari
harga RM180, banyak bengkel yang ditawarkan di sini, antaranya, bengkel
penghasilan lilin, lulur badan, corak bunga atas tanah liat, dan banyak lagi!
5)
A Space to ___, Damansara
A Space to ___ adalah antara organisasi yang menawarkan
bengkel dan kelas seni yang pelbagai, bermula dari seni lukisan sehingga teknik
penjilidan buku jepun moden, bengkel bru kombucha, mengait Amigurumi dan banyak
lagi! Anda boleh layari laman web A Space to ___untuk ketahui lebih banyak
tentang bengkel yang ditawarkan. Kos bengkel juga amat berpatutan, bermula dari
RM 130; jadi apa tunggu lagi!
Mesti anda teruja untuk sertai kelas dan
bengkel seni seperti yang dikongsikan di atas, bukan?Berjiwa seni atau tidak,
tempat-tempat yang disenaraikan di atas akan membantu anda untuk mengisi masa lapang dengan mengasah bakat seni
yang ada pada diri anda. Di samping dapat mempelajari seni kreatif, anda juga
berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur!
Namun,adalah diingatkan kepada para pelajar untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh
pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial,
memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak,
serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untukmendapatkan inspirasi dalam merancang kunjungan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : School Trip In The State Of Selangor
Yg no 3 tu best dpt belajar ni
ReplyDeleteseni lukis
tqq info
Kalau dekat boleh terjah.. Menarik nie..
ReplyDelete