Sesekali Berjumpa
Assalamualaikum..
Belek-belek phone terjumpa la gambar ni kat dalam gallery. Rasanya dah 2 tahu berlalu tapi baru sempat nak updates kat dalam blog tercinta ni. Ini lah akibatnya kalau penyakit M menguasai. Cerita zaman tok kadok pun boleh hilang kalau macam ni.haha. Terasa rajin la pulak nak tulis entry pasal ni. Idea xde maka terhasillah entry ni.
Alkisahnya kawan Cik Nor datang Kelantan atas urusan kerja, dia mintak tolong ambik dia kat airport dan teman dia kat hotel semalaman. Masa ni dia menginap kat Grand Renai. Untuk tidak menghampakan dia Cik Nor teman lah dia. Masa ni Cik Nor kerja sambilan kat sekolah. Selepas solat subuh awal-awal lagi start kereta balik Machang. Tak boleh lewat sebab budak-budak Pra Sekolah nak makan pagi. Alhamdulillah..pukul 7 pagi dah sampai.
Oleh kerana masa nak pergi ambik dia kat airport jalan jem teruk, maka lewat lah sampai. First yang di fikirkan mestilah makan. Cari-cari tempat yang best tapi tak jumpa, last makan kat Panji Kopitiam. Makanan dia, boleh lah dari kelaparan. Haha. Dah makan, Chek in hotel, mandi dan solat zohor. Masa ni SOP kena jaga betul-betul sebab belum ada vaksin lagi. Tambah lagi dia dari Kuala Lumpur dan masa kat airport ada satu flight dari Sabah . Lagi lah seriau bila dengar flight dari Sabah. Faham-fahamlah masa tu kalau balik dari Sabah mesti hadiri Pilihanraya Negeri Sabah.
Dah siap semuanya, kami ke pantai Senok a.k.a Pulau Nami Malaysia. Sebab dah petang tak banyak boleh explore. Cuma bergambar dan makan-makan sambil menikmati air laut yang tenang. Sedar tak sedar jam dah melewat waktu senja. Sebelum magrib dah sampai hotel. Malam pula kami makan di Kopi Mesin. Tak jauh pun dari hotel menapak sikit dah sampai cafe tu. Rasanya pasal Kopi Mesin tu dah tulis entrynya.hehe
Baca sini : Makan Malam Di Kopi Mesin
Wah! Seronoknya bila ada kawan yg melawat dari jauh. Sebelum kobid ada gak member dari Spore yg dtg. skrg ni dah x de. so sad....
ReplyDeleteuishh kalau gini ain pon nak terbang la ke kelantan cm gini . boleh nanti cik nor amek ain . hehehhe..
ReplyDelete