Breaking News

Siapa Layak Memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Mesti ramai yang dah tahu tentang Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM) ini dalam bajet 2022 yang yang dibentangkan tahun lepas oleh Menteri Kewangan Malaysia. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan Bantuan Keluarga Malaysia? Siapa yang layak memohon? Tidak semua yang ambil tahu pasal ni kan? Ini semua mesti kita ambil tahu supaya kita tidak ketinggalan maklumat terkini  tentang BKM ini.

Siapa Yang Layak?

Bantuan Keluarga Malaysia ialah Pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar iaitu untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal. Bagi isi rumah / ibu bapa tunggal, mereka di bahagikan kepada 2 kategori. Kategori pertama, mereka yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah. Manakala kategori kedua, mereka yang berpendapatan RM2,501 sehingga ke RM5,000. 

Bagi warga emas bujang/tiada pasangan pula mestilah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah. Begitu juga dengan individu bujang, pendapatan mereka mestilah RM2,500 dan ke bawah barulah layak mereka memohon Bantuan Keluarga Malaysia ini.



Bagaimana Untuk Memohon?

1.   Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

  1. Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
    1. Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
    2. Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
    3. Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
  2. Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
    1. Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
    2. Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM

Untuk semakan BKM atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini anda bolehlah menghubungi :

Hotline BKM LHDNM:

1-800-88-2747 

Hotline BKM MOF

03-8882 4565/03-8882 4566 

e-Mel

bkm@treasury.gov.my

Alamat surat menyurat : 

Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia

(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

7 comments: