Breaking News

Bila Cik Nor Syok Jual Novel Terpakai


Assalamualaikum...

Mesti ramai yang perasan dah banyak hari Cik Nor tak updates blog kan? Biasa kalau sibuk macam mana pun mesti ada 1 entry tak kira cepat atau lambat. Tapi semenjak 2 3 hari ni memang tak updates langsung. haha. Nak buat macam mana empunya blog sibuk berniaga novel preloved.

Tak menang tangan menjawab pertanyaan pelanggan. Ada yang tanya sahaja, tak kurang ramai yang membelinya. Dari mana Cik Nor dapat novel-novel ni? Ini semua dari koleksi novel-novel kakak sulung Cik Nor. Dari novel ni mereput jer dalam almari baik jual. Dapat jugak duit untuk belanja dapur.


Laku ke jual novel preloved ni? Alhamdulillah..ramai juga peminat novel preloved ni. Cik Nor jual murah-murah jer sebab kondisinya ada yang kurang elok. Paling murah Cik Nor jual RM5 dan paling mahal RM15. Tak lebih dari tu sebab kita tahu kondisi novel tu macam mana. Walaupun isi kandungan elok tak cover tak elok, mesti kena jual murah jugak kan.

Satu sebab lagi kakak nak jual novel-novel ni sebab ramai peminjam. Korang faham-faham la bila orang pinjam barang kita. Kalau jaga elok macam kita tak apa lah. Ini tidak buat macam harta sendiri. Agak-agak nak lunyai baru nak pulangkan semula. Daripada sakit hati baik jual, dapat juga duit bukan dapat dosa sebab membebel marahkan si peminjam. haha.

Korang kalau ada rasa nak baca novel preloved boleh hubungi Cik Nor. Nanti Cik Nor bagi harga kasih sayang kat korang.haha

5 comments:

  1. Kan..baik jual dari dapat dosa duk bobe bobe..hihi..
    Dulu suka la baca novel, sekali hadap sebiji novel, sekarang..baru baca selai dah tersengguk..

    ReplyDelete
  2. dulu saya pun selalu kumpul novel... ni dah beranak pinak, nak membaca novel pun x sempat... hihihihi

    ReplyDelete
  3. haah perasan cik nor ada post kat fb jual novel2 ni..saya dah kureng sikit baca novel, faktor usia..hehe. kalau idak, nak jugak beli...

    ReplyDelete
  4. novel saya tak banyak sangat, tapi sayang nak jual.

    ReplyDelete
  5. Banyak koleksi novel kakak kak Nor. Okay juga jual dari tersimpan, boleh juga tambah tambah beli barang dapur.

    ReplyDelete