Breaking News

Bila Dah Dapat Rentas Daerah


Assalamualaikum..

Ini cerita tahun lepas punya, saja nak abadikan kat sini. hihi. Rasanya memang dah lama sangat kot cerita ni. Kalau ikutkan tarikh dekat gambar, masa rentas daerah dibenarkan. Kalau masa rentas daerah memang betul-betul lama lah.haha. 

Dekat setahun lebih asyik terperuk dekat rumah, sekali dapat rentas daerah memang ambik peluang lah. Bukan g mana-mana pun cuma pusing-pusing kat pantai jer. Tengok kawasan jer, ternya memang orang lain pun tak lepaskan peluang keemasaan ini. Tapi kami tak lah gelojoh sangat, tak berhenti pun kat pantai sebab orang pun ramai. Kami tetap jaga SOP walaupun kes C19 dah berkurangan.


Gambar-gambar ni cuma suka-suka ambik masak u turn nak balik semula. Memang betul-betul makan angin lah orang kata. Saja nak hilangkan bosan asyik duduk kat rumah jer. Kalau keluar pun g pasar, nak g jalan-jalan tempat lain memang tak berani sebab kita tak tahu siapa yang positif. Baik kita berjaga-jaga sebelum terkena.

Korang pulak g mana masa kerajaan umum dah boleh rentas daerah? Maaflah mengimbau masa lalu macam baru terlepas dari penjara. haha. Mana tahu masa akan datang korang akan ingat balik pahit manis masa zaman PKP ni.hihi

4 comments:

  1. Legaaa Sikit sb bila blh rentas negeri sb senang nk blk kg(perak) tgk kebun. Kalau tak tiapkali balik kena ke balai polis dulu ambik cop surat kebenaran rentas adoiiii
    tp seronok nya blk time x blh rentas jalan clearr je aman damai he heee tak yah hadap jem

    ReplyDelete
  2. Pantai kat tok bali mmg cantik.. 3 kali dah stay kat Tok Aman Bali tu.. mmg aman damai.. hehe

    ReplyDelete
  3. Terasa kegembiraannya masa boleh rentals daerah dulu

    ReplyDelete
  4. Memang samalah.. keluar sebab dh lma tak boleh rentas.. Bukan ke mana pun, sekadar ambil angin sahaja..

    ReplyDelete