Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Sinopsis Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika...
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Pelakon: Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean, Ungku Hariz, Kael, Annie Mosha, Faez Malek, Fiza Thomas, Ieda Moin, Betty Banafee, Auni Zahra
Baca juga : Sinopsis Drama Life Lila
Ala.. pelakonnya tak minat.. cerita dia menarik..
ReplyDelete