Breaking News

Cantiknya Baju Nikah Dan Baju Resepsi Mira Filzah





Assalamualaikum..

Aduhai...sejak 2 menjak ni kalau buka laman sosial media keluar gambar Mira Filzah nikah.  Suka nau Cik Nor tengok baju nikah dengan baju resepsi dia tu. Terasa diri sendiri pulak yang pakai baju-baju tu.haha. Berangan jer la Cik Nor, calon pun tak ada lagi.haha.

Gambar pertama tu baju nikah dia. Baju kurung Pahang yang nampak biasa tapi cantik dan mewah bila dipandang. Nampak tak over sangat di majlis akad nikah. Kira orang pandang pun sejuk jer. Macam perempuan melayu terakhir gitewww...hihi

Baju kedua yang berwarna coklat cair tu rasanya baju persalinan selepas akad nikah. Nice kan warna dia. tak terang dan tak pudar sangat. Sesuai dengan empunya badan dan tema majlis pada malam tu. Dress ala-ala princess kata budak-budak kampung Cik Nor.


Gambar yang terakhir tu, pants dress. Dah la warna biru lembut tu sejuk mata memandang, pants dress tu pulak sopan. Memang kain dia terbelah tapi ada seluar kat dalam nya. Kiranya dah dedahkan mana-mana bahagian yang boleh menjadi perbualan ramai. Hah..sopan giteww..

Eh, syok pulak Cik Nor bagi komen kan. Korang layan lah gambar-gambar kat atas tu, mana tahu boleh bagi inspirasi pada korang nak buat baju nikah dan baju resepsi nanti. Bagi yang belum kahwin lagi la. Bagi mak-mak orang boleh juga, buat baju raya nanti..haha





 

4 comments: