Breaking News

Gajet Ke 3 Cik Nor

Sumber Gambar Dari Google


Assalamaualaikum..

Kalau dalam entry sebelum ni Cik Nor ceritakan gajet ke 2 Cik Nor iaitu laptop. Kalau dah ada laptop mesti nak kena ada tetikus. Kalau orang pro mesti boleh jer guna kursor yang ada kat keypad laptop ni tapi Cik Nor ni dah biasa guna tetikus. Nak tak nak, kena beli juga tetikus untuk keselesaan semasa membuat kerja nanti.

Tetikus yang Cik Nor beli lebih kurang macam dalam gambar kat atas tu tapi warnanya hitam dan maroon. Tetikus ni Cik Nor beli sejak Cik Nor miliki laptop. Kira lamalah jugak kan. Untuk pengetahuan korang tetikus ni dah pun semakin uzur dan Cik Nor pun dah gantikan yang baru. Kena ketuk kuat-kuat dulu baru la dia berfungsi dengan baik. Sebab kesiankan dia asyik kena ketuk maka Cik Nor tukarkan dia dengan yang baru. Tapi Cik Nor tetap simpan lagi yang lama tu mana tahu dalam keadaan terdesak boleh guna lagi.

Kalau tak silap Cik Nor tetikus ni Cik Nor beli kat kedai bawah pejabat tempat kerja lama Cik Nor. Kedai tu macam kedai Eco RM2 tapi harga tak semua RM2. Kiranya harga yang berbeza-beza. Masa nak beli tetikus tu bajet tak berapa nak ada. Capai lah tetikus ni dengan harga RM10 kalau tak silap. Walaupun harga dia murah tapi khidmat yang diberikan memang terbaik. Sampai sekarang masih boleh digunakan lagi walaupun terpaksa diketuk terlebih dahulu. hihi

Itu sehaja cerita gajet Cik Nor untuk kali ni. Tunggu cerita gajet Cik Nor seterusnya yer.

4 comments:

  1. Mouse Mrs. A pun dah tak boleh right click huhuhuu... nak kena beli baharu nampak gayanya.

    ReplyDelete
  2. Ai pun lebih selesa guna mouse. Tapi yang wireless.

    ReplyDelete
  3. Kena pakai tetikus jugak. Tak pandai juga guna kursor kat laptop hehehe

    ReplyDelete