Breaking News

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri - Episod 13

Rais hairan lalu membuka botol itu lalu terhidu akan bau yang sangat wangi seperti bunga-bungaan. Ain turut mahu menghidu bau itu, terjadilah adegan tarik-menarik botol antara mereka tanpa disedari botol kecil itu terlucut jatuh dan minyak tumpah diatas lantai. Ketika itu, Laila pulang lalu memarahi mereka berdua tanpa disedari botol minyak kepunyaannya itu telah ‘memasuki rumah’. Sejak daripada itu, Laila rasa tidak tenang, anxiety, panas dan rimas berada di dalam rumah. Ezlan turut perasan dengan perubahan sikap isterinya itu. Pada masa yang sama, Pak Darus dan Mak Wan turut terhidu bau-bau busuk sekitar rumah. Ketika menjelang malam, kehidupan mereka diganggu oleh kelibat-kelibat di sekitar rumah.

Pelakon: Dato' Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nordin, Jasper

1 comment:

  1. Dah lama tak singgah sini dah bertahun- tahun berlalu blog ni masih ada.saya pun baru layan cite ni.

    ReplyDelete