Breaking News

Biodata PU Riz


Biodata PU RIZ

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 26 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

Fakta Menarik

  • Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
  • Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.
  • Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.
  • Gemar bermain futsal.
  • Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut

2 comments:

  1. Perlu ke ada PU? macam mana kalau nama dia mula dengan Ki PU opppss hahaha bukan Mrs.A yang tanya netizen yang kata hahahhaa macam-maca netizen nih!

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok dia berlakon drama selafaz cinta

    ReplyDelete