Breaking News

Performance On Google Search For August



Assalamualaikum

Hari ni baru berkesempatan nak updates performance on goole untuk blog Cik Nor bagi bulan Ogos. Alhamdulillah nampaknya ada perubahan. Makin ramai dah buat carian di google untuk blog Cik Nor. kalau nak di bandingkan dengan bulan lepas, bulan ni tinggi cariannya. Seingat Cik Nor bulan lepas Cik Nor banyak updates pasal drama jer tapi yang orang cari resepi. Biar benar ini.haha

Ye lah bulan lepas orang dok viral tengok drama 7 Hari Mencintaiku2 kan. Cik Nor apa lagi gigih lah updates drama tu setiap hari. Ingatkan pageview blog tinggi sebab drama tu rupanya tidak. Yang tinggi dalam carian ialah resepi. Wah, tak sangka betul. Terima kasih buat pembaca yang google resepi simple di blog Cik Nor. Tak percaya tengok screen shoot kat bawah tu.



Hah..tengok semua yang diorang cari ialah resepi. Cik Nor punya niche blog bukannya food blogger tapi lifestyle dan beauty blogger. Nak buat macam mana dah mereka suka respi dalam blog Cik Nor. Maka terima kasih lah ya semua. Tak boleh nak tulis panjang-panjang. Guruh dah bunyi kuat. Kalau rajin sambung lagi yer.haha


10 comments: