Breaking News

Mesti Ramai Yang Tak Perasan



Assalamualaikum..

Dah lama nak cerita pasal mata Cik Nor sepet sebelah. Cik Nor pun tak pasti kena apa. Tahu-tahu bangun pagi dah rasa sakit.  Masa tengah bengkak tu la banyak pulak review yang nak kena siapkan. Tu pun dah mengelat buat lambat-lambat nak bagi bengkak tu surut dulu. Tapi PR dah macam tak sabar nak tengok review maka terpaksa buat jugak la dengan mata bengkak sebelah.

Korang nampak kan tanda hitam atas mata tu? Itu tempat gigitan pertama dan kat atas dahi ada lagi 3 sengatan. Tapi yang pertama tu paling sakit sebab serangga tu bukan  sengat tapi gigit dan makan kulit atas mata tu. Pedihnya bukan main lagi.

Mula-mula ingat kena gigit dengan semut charlie tapi bila tengok kesan bukan. Kalau kena gigit dengan semut charlie kesan dia lagi teruk sebab ada kesan berbirat disekitar tempat sengatan tu. Rasa-rasa Cik Nor kena gigit dengan lipas. Mungkin sebab dia nak balas dendam Cik Nor bunuh partner dia. Mana idok nya. Asyik dok main atas tilam Cik Nor maka Cik Nor hempukla dengan benda berat dan tinggalkan kat situ.


Mungkin dia rasakan partner dia dah mati dan Cik Nor lah penyebabnya maka mendapatlah Cik Nor. Dahla masa ni tengah kerja lagi, bertabah la pergi kerja dengan mata sepet sebelah. Selang beberapa hari baru ke klinik sebab bengkak  makin melarat dan sakit makin berdenyut-denyut. Oleh kerana tempat gigitan dah hampir kering hanya ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak jer yang dapat. Oklah kan dari tak dapat apa-apa ubat. 

Alahai lah lipas nak balas dendam pun agak-agak la. Tak kan kat mana ko nak kerja kana. Nasib tak ada apa-apa effect kat mana. Huhu. Sehingga ke hari ini kesan hitam tu masih tak hilang-hilang. Ada cara tak nak hilangkan kesan hitam tu? Kan dah hilang 1k hantaran Cik Nor.haha

Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak? Meh kongsi kat komen yer.

5 comments:

  1. ada perasa gak tapi ingatkan tanda biasa yg sebelum ni dah ada... hehe... sheila kalau kena apa2 gatal ke mmg parut hitam, then dia akan pudar sdiri. tapi take time gak...

    ReplyDelete
  2. udah kena serang ke ciknor..aduhai hahahaa ^_^
    sapu ubat yer..

    ReplyDelete
  3. syukurlah kalau x membahayakan...x penah pula sy kena mcm ni... mudah2an cik nor jumpa penawarnya...

    ReplyDelete
  4. perasan tp mcm x..haha..mta cik nor mcm sembab pon ade jgk kdg tgok

    ReplyDelete