Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 ( Siri 2) - Episod Kesepuluh

Assalamualaikum..

Hari ni baru berkesempatan nak updates rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum  final. Dalam final nanti kalau tak silap Cik Nor seramai 12 orang penyanyi sebenar akan berentap untuk merebut tempat untuk menjadi artis dibawah syarikat rakaman yang diwar-warkan setiap minggu.

Artis jemputan minggu ini ialah Dato Nash. Nak kata havoc sangat tak jugak sebab tak boring sangat lah. Kita ok-ok jer lah.haha. Dato nash bernasib baik kerana pilihan dia tepat iaitu dapat berduet dengan penyanyi sebenar.Kalau silap pilih maka berjoget lah si penyamar kerana dapat RM3K.haha

Manakala juri jemputan minggu ini ialah Siti Sarah bersama suaminya Shuib. Kemain lagi Shuib dapat miming lagu orang.haha. Lama tak tengok Siti Sarah, putih nau dia sekarang ni. Apa produk dia guna sampai nampak ketara perubahan dia? Nak juga tahu weh..tetiba jadi busy body.haha

Juri tetap sudah semestinya Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim. Minggu ini adalah minggu terakhir mereka bersama I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 dan insyaAllah jumpa di I Can See Your Voice Malaysia musim 4. Mereka sempat memberikan ucapan sebelum rancangan berakhir.

2 comments:

  1. Lama tak tengok rancangan ni. Family suka tengok

    ReplyDelete
  2. guna g usha IG dia cik nor hahaha. dia jual produk sendiri n makan hahaha

    ReplyDelete