Breaking News

Drama Pengantin Satu Malam - Episod 3


Zahred kecewa gila bila balik dari Jepun, ayahnya berkahwin dengan Balqis hingga kemurungan dan mahu cederakan diri sendiri. Hj. Ramli berjaya bongkar kebenaran yang keluarga Adli tidak restui hubungan mereka lalu Adli terpaksa akur untuk selesaikan dengan keluarganya dulu. Setelah beberapa minggu, Zulaikha gembira bila Adli tetapkan pertunangan mereka tapi pada hari tersebut, Adli tak muncul-muncul. Zulaikha berhenti kerja bila diganggu seksual oleh bosnya yang sebelum ini sangat baik. Hj. Ramli tawarkan kerja uruskan homestaynya. Roziah makin bergolak dengan Haris kerana pernikahan itu tapi tak tahu Balqis adalah kekasih Zahred lalu mahu mengugut Balqis agar keluar dari keluarga mereka kalau sayangkan nyawanya. Balqis hilangkan diri. Haris kecewa dan mencari merata.

Pelakon: Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir, Mustapha Kamal, Susan Manen, Edika Yusof, Sanjna Suri, Sharifah Shahora, Norish Karman, Farisha Irwayu


1 comment: