Breaking News

Drama Hati Yang Tersakiti - Episod 4



Mona sememangnya tidak pernah sangsi akan kehadiran Farah dirumahnya dan semakin senang kerana ada teman berbual. Haris pula semakin memajukan diri dalam perniagaannya dan masih taat setia pada janji perkahwinan mereka tetapi hasutan dari Farah memulakan curiga terhadap Mona yang dikatakan seperti menyimpan rahsia tentang hubungan dengan majikannya. Misi Farah sekarang adalah untuk mengkucar-kacirkan rumahtangga Haris, kerana kuatnya rasa cemburu terhadap Mona. Farah merasakan yang dia lebih layak disayangi seperti itu lebih dari Mona. Farah anggap dirinya lebih istimewa dari Mona. Latif pula masih tergila-gilakan Farah yang sekarang ini sudah berstatus janda. Namun, Adrian masih berusaha memujuk Farah untuk rujuk semula dan mulai menganggu Farah sehingga ke tempat kerja. Farah rimas dan melihat bekas suaminya itu seakan gila talak! Ihsan yang masih cuba menagih cinta dari Farah menangkan keadaan. Curiga yang ditanam oleh Farah mulai menular ke dalam rumahtangga Haris.

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana & Riz Amin, Shaffiq Sahli, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani.



 

1 comment:

  1. adeh..tak boleh layan citer ni..takut hati sendiri yang tersakiti. haha..

    ReplyDelete