Breaking News

Tiba-Tiba Entry Telefilem Mak Tak Bagi Balik Trending Semula



Assalamualaikum..

Kalau tak silap Cik Nor entry ni Cik Nor publish tahun 2017  lagi. Oleh kerana TV3 ulang siar telefilem ni untuk slot cereka ahad maka ia menjadi trending balik. Mesti ramai yang google pasal telefilem ni kan? Tiba-tiba jer entry ni jadi first ranking kat blog sendiri.hehe. Kat carian google ada jugak tapi bukan first ranking tapi slide no. 2 jer.haha

Telefilem ni memang best dan sedih walaupun dah tengok untuk kali ke 2. Banyak pengajaran yang boleh ambil dari cerita ni. Walaupun pelakon yang sentiasa muncul hanya 5 orang tapi setiap pelakon ada sisi yang berbeza. Lakonan Vanida Imran dan Khir Rahman memang mantap.


Dalam telefilem ni kita boleh tengok macam mana pengorbanan ayah dan ibu yang tak pernah putus atas untuk membesarkan anak mereka. Walaupun ada yang menawarkan bantuan tapi mereka tolak sebab nak usaha sendiri. Saat kena puasa sebab tiada makanan untuk dimakan memang menyayat hati. Tapi anak-anak mereka bagus sangat sebab tak pernah memberontak dengan kehidupan mereka yang serba daif.

Korang mana yang tak pernah layan lagi telefilem ni boleh la layan kat youtube. Boleh banjir korang kalau tengok sorang-sorang. hehe.

4 comments:

  1. tak pernah tahu ada cerita ni. ramai yang nak tahu cerita ni sampai trending blog kak nor ni. mentang mentang sekarang tengah trending balik kg. ni mesti ada yang mak dia xbagi balik kampung agaknya.

    ReplyDelete
  2. baru tahu kewujudan telefilem ni..almaklumlah tv tak ada kat rumah ni...haha

    ReplyDelete
  3. seronok cerita ni cik nor.. sb kisah ny sedih.dlu masa diorg tayang ummi xlayan.. haritu diorg tayang bgs cerita nya banyak unsur2 harmoni..

    ReplyDelete
  4. Ada tertengok baru2 ni tapi x mo la tengok sampai habis. Tau dah jalan citer dia sedih. I is emo. but betul jalan cerita dia bagus. Ada pengisian & rasanya based pada realiti sesetengah rakyat malaysia yg hidup dalam kedaifan.

    ReplyDelete