Aktiviti Wajib Setiap Tahun Dibulan Ramadan
Assalamualaikum..
Walaupun cerita ni cerita bulan ramadan yang lepas Cik Nor tetap jugak nak abadikan kat sini. hehe. Harap korang sudi baca sebab cerita ni dah basi. Kalau makanan basi dah tak boleh makan tapi kalau cerita basi tetap jugak boleh baca kan? Kemain kan Cik Nor ni, bukan nak tulis jer merapu jer lebih.
Aktiviti menghantar juadah berbuka kepada jiran-jiran ni kami sekeluarga jadikan aktiviti wajib setiap tahun. Kalau tak silap tahun ni masuk tahun ke 3 aktiviti ni kami buat. Juadah yang kami hantar cukup simple tapi rasa puas bila dah berkongsi rezeki dengan jiran-jiran sekampung. Kebiasaan air dan kuih kami buat sendiri tapi tahun ni ada sedikit kemalasan kami beli air yang dah siap packing. Kuih sahaja yang kami buat. Untuk tahun ni kami sediakan 2 jenis kuih.
Bac juga : Kenduri On The Spot
Untuk round pertama kuih tepung bungkus, manakala untuk round ke 2 kuih akok. Air kotak dan kurma tetap sama. Kalau sebelum ni Cik Nor akan buat sendiri air antarannya air soya dan air laicikang. Tapi tahun ni kemalasan melanda maka kami beli jer. hehe
Biasanya juadah berbuaka puasa ini kami akan agihkan selepas solat asar. Yang jadi tukang agih mestilah ayah sebab dia kenal semua jiran-jiran dalam kampung Cik Nor. Kalau harapkan Cik Nor 2 3 buah rumah sekitar rumah Cik Nor jer lah yang Cik Nor kenal. Alhamdulillah..tahun ini kami dapat berkongsi rezeki dengan 50 buah rumah jiran.
InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki, tahun depan kami adakan lagi aktiviti ini. Nak buat kenuri tak dapat jadi inilah caranya untuk kita berkongsi rezeki dengan jiran-jiran sekampung.Walaupun nak nampak biasa tapi memberi kepuasan kepada kami.
bestnya aktiviti camni..
ReplyDeletekalo rezeki lbh jiran pon bg juadah kat kita.. hehe