Antabax Ganding Bahu bersama MYDIN Kutip Dana Amal
Antabax,
jenama produk penjagaan diri antibakteria Halal No. 1 di Malaysia, akan
menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN, MYDIN Prihatin: Zahirkan Kesyukuran, Semarakkan Keriangan 2020.
Dalam kutipan dana
yang berlangsung dari 13 April hingga 21 Jun 2020 ini, sebanyak RM0.10 daripada
setiap hasil jualan semua produk Antabax dari setiap cawangan MYDIN di seluruh
negara akan disalurkan kepada penyediaan keperluan asas bagi golongan asnaf (kumpulan
penerima zakat) serta rumah anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Antabax
merupakan antara 5 jenama yang mengambil bahagian dalam edisi kedua program
amal pengumpulan dana MYDIN Prihatin. Sempena ulangtahun ke-63 MYDIN pada bulan
Ogos ini, serta musim persediaan Kembali ke Sekolah pada bulan Disember, hasil
kutipan dana tahun ini akan didermakan kepada golongan keluarga kurang bernasib
baik, rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua.
Wabak
Covid-19 nyata telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Antara yang paling terkesan adalah
mereka yang berisiko tinggi terutamanya golongan kurang bernasib baik.
Dalam
mengekang penularan, orang ramai disarankan agar kerap mencuci tangan
menggunakan sabun dan air, menggunakan cecair disinfektan serta mandi sebaik pulang dari kawasan
yang sesak. Produk Antabax seperti krim mandian, sabun tangan, sabun mandi,
penyembur dan gel disinfektan, serta tisu lembap antibakteria yang menawarkan perlindungan 24 jam
daripada 99.9% kuman berbahaya, boleh didapati di cawangan MYDIN di seluruh
negara. Semua produk Antabax disahkan Halal dan boleh digunakan dengan yakin
oleh pengguna Muslim.
“Wabak Covid-19
telah menyaksikan peningkatan permintaan produk Antabax ekoran saranan
pencucian tangan dan permukaan serta mandian yang kerap bagi mengekang
penularan. Sebagai warga korporat yang prihatin, kami ingin membantu komuniti
yang memerlukan ketika ini,” jelas Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Antabax.
“Sebagai
satu jenama kebanggaan Malaysia, Antabax memahami cabaran yang dihadapi
masyarakat tempatan. Dalam waktu yang sukar ini, kita perlu menghayati semangat
#KitaJagaKita dan menghulurkan bantuan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan
MYDIN dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” tambah beliau.
Melalui
program MYDIN Prihatin yang pertama pada tahun 2019, Antabax telah menyumbang
sekitar RM18,000 kepada 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara.
“Kami amat
menghargai sokongan Antabax dalam menyertai usaha yang mulia ini bagi membantu
golongan kurang bernasib baik. Usaha MYDIN Prihatin yang sebelum ini telah
berjaya mengumpul lebih daripada RM150,000 untuk amal jariah. Kami berharap
agar dapat mendatangkan lebih kegembiraan
tahun ini, terutamanya pada waktu yang sukar ini,” jelas Datuk Wira
(Dr.) Hj Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.
“Sumbangan
berbentuk tunai serta barangan kini jauh berkurangan sejak bermulanya wabak Covid-19
berikutan kesukaran yang dihadapi semua orang. Kami menghargai usaha MYDIN
Prihatin dan sokongan yang kami terima dari Antabax. Bagi kami sumbangan ini
sangat membantu, dan kami berasa bersyukur,” ujar seorang wakil pertubuhan
bukan kerajaan (NGO).
Sertai
komuniti Antabax dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen dan inisiatif terkini
dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.
sabun antabax bes sedap bau dia..
ReplyDeleteAlhamdulilah....jom kita soping Anatabax, sekali beri sumbangan kepada yang memerlukan..
ReplyDeletemudah2an murah rezeki penganjur..
ReplyDeleteBagus lah beli dan bagi sumbangan pada kepada yg memerlukan
ReplyDeleteTerbaik antabax anjurkan program yang sebegini untuk membantu mereka yang memerlukan.
ReplyDelete