Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Mukim Langgar
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak
Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai
tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk
kegunaan ramai kini diberi wajah baru.
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah
rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan
memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.
Sebagai contoh, di Kota Bharu, Pertubuhan Anak Yatim dan
Asnaf Kelantan di Mukim Langgar meneraju usaha membantu komuniti setempat ini
dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya
ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan
mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care
pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi
kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan
pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti
ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk
berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir
Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan, Puan Nor
Fahsha Binti Abdul Aziz
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan
tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk
kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini
menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala
anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam
Brand™ tersebut setiap hari.
“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan
Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri
tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin
menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci
dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab
menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana
mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Nor Fahsha.
Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan
harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas
dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan
lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam
pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya!
Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan
#AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina
ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan
bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara
aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.
Menerusi program
Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™
telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal,
seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524
buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut
membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah
rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit
gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu
lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
“Covid-19 telah mengubah
sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community
Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil
daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan
kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan
penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep
pantri makanan ‘sila
ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan
kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata
Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut
sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat
manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama
dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.
“Kami menghantar senarai
barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai.
Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada
kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan
lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu
dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di
kawasan projek pantri ini.
Pantri makanan
#AyamWithYou terletak di Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar 15000
Kota Bharu, Kelantan Jadilah sebahagian daripada
usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.
Untuk maklumat lanjut
mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.
Selamat hari raya dan salam ukhwah dari bunda..
ReplyDeleteTahniah ayam brand jalankan program yang mulia time pkp ni. Ramai yang terkesan
ReplyDelete