Semasa anda #dudukdiamdiamdirumah, mengapa tidak anda rapikan tempat tersebut?
Malaysia
telah memasuki fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang
dikuatkuasakan untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19.
Sekiranya
anda hanya merenung pintu pagar sambil
berharap PKP akan berakhir tidak lama lagi, salah satu perkara yang mungkin
anda perhatikan - selain jalan yang tenang dan udara yang kurang berdebu -
adalah pintu pagar telah berkarat di
tepinya .
Pintu
logam yang menjadi pintu utama masuk ke rumah kita, tempat perlindungan kita,
mungkin merupakan salah satu perkara yang jarang diendahkan dalam masa kesibukan.
Oleh
itu, semasa kita #dudukdiamdiam di rumah,sambil menunggu ketibaan Hari Raya
Aidilfitri yang bakal menjelang, ia juga merupakan masa terbaik untuk melakukan
kerja-kerja perapian dan pembaikan rumah, seperti menghilangkan karat dari
pintu pagar masuk anda dan menyalutnya dengan lapisan perlindungan yang baik.
Anda
bahkan tidak memerlukan banyak peralatan atau persediaan. Hanya setin Produk
Pelbagai Guna WD-40®,
beberapa keping kertas pasir, sedikit cat asas, dan beberapa kain yang tidak
digunakan lagi.
Untuk
memulakannya, gunakan kertas pasir terbabit dan gosokkan kesan karat yang
terdapat di atas permukaan pintu. Berhati-hatilah untuk tidak menggosoknya
terlalu kuat kerana cat juga akan tertanggal - yang tidak menjadi masalah jika
anda ingin mengecatnya semula.
Tetapi
jika tidak mahu, maka gosokkan kesan karat sedikit demi sedikit secara terus,
bersihkan dengan kain lembap untuk membersihkan serpihan, dan kemudian
semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40®. Pastikan lapisan berkenaan dibuat secara
menyeluruh dengan baik.
Baca juga : Pakar Perlumbaan Juga Menggunakan WD-40
Selain
bagus untuk melincirkan kunci dan selak pintu, ia juga melindungi logam dari
karat dan hakisan, menggantikan kelembapan, dan menembusi bahagian yang
tersekat. Oleh itu, sesi dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dapat memastikan kunci dan selak pintu anda
berfungsi dengan baik, dan pintu anda bebas daripada karat. Dengan kata lain,pintu
ini akan bertahan lebih lama lagi.
Sekiranya
anda ingin mengecat semula pintu pagar anda, setelah menggosok dengan kertas
pasir, lap dengan kain lembap dan kemudian letakkan cat asas (dengan satu
mekanisme semburan ia berfungsi lebih baik dalam situasi ini) di permukaan
pagar. Pastikan lapisan pertama telah kering sebelum membuat lapisan kedua.
Setelah
cat asas dilakukan, anda boleh menyemburkan lapisan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan, sebelum anda meneruskan kerja
cat anda. Dan tanpa anda sedari kerja cat anda telah siap dan pintu logam anda
akan kelihatan seperti baharu. Dengan penjagaan yang baik, ianya akan bertahan
lama.
Oleh
itu, manfaatkan masa anda di rumah sekarang untuk melakukan aktiviti bersantai,
tanpa perlu #dudukdiamdiam yang membosankan dan membuang masa.
Sekiranya
anda memerlukan lebih banyak maklumat, dan tip mengenai cara memanfaatkan
Produk Pelbagai Guna WD-40® dengan sebaiknya, atau cadangan untuk produk
lain di bawah jenama WD-40®, anda boleh melayari ttp://www.wd40.asia/my
Wahhh dah jadi Duta WD40 nampak Cik Nor hihi...
ReplyDeleteSalam Ramadhan Cik Nor.... Buka apa ptg ni
kite guna wd40 ni utk rantai motosikal..
ReplyDeletememang ada wd40 ni kat rumah.
ReplyDeleteasben punyer gajet lah ni.