Breaking News

Resepi Kuih Akok Homemade

sumber gambar dari google

Resepi Kuih Akok Homemade
Bahan-bahannya :
1. 14 biji telur (gred A)
2. 4 cawan santan 
3. 4 ketul gula melaka
4. 8 sudu makan gula pasir
5. 8 sudu makan tepung gandum
6. Sedikit garam
7. Daun pandan



Cara membuatnya :
1. Masak santan  bersama gula melaka. Jangan lupa masukkan sekali daun pandan.
2. Biar ia sejuk terlebih dahulu.
3. Bila sudah sejuk barulah dimasukkan gandum, gula, telur dan garam.
4. Kacau sehingga sebati atau blend. Tapis adunan terlebih dahulu sebelum dibakar.
5. Korang boleh bakar menggunakan dapur arang atau dapur elektrik seperti Cik Nor. Tapi kalau menggunakan dapur elektrik bentuknya tidak bujur seperti biasa.
6. Bakar sehingga masak. Selamat mencuba.

7 comments:

  1. maniskan kuih ni..sbb bos nieyl penah kasi makan...

    ReplyDelete
  2. Klu kawin ng org ganu mmg kne bljr buat ni.hihi.klu ikot resipi ni brape biji dapat..bnyk telur 14 biji..

    ReplyDelete
  3. pernah nampak kuih ni tapi tak pernah makan pula

    ReplyDelete
  4. akok kedut. sedapnya... makan sorang2 pun okay tapi manis tu potong kakilah.

    ReplyDelete
  5. senang juga buat kuih akok ni rupanya.

    ReplyDelete