Breaking News

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Raya PKPB


Assalamualaikum..

Masih tidak terlewat untuk Cik Nor ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan maaf zahir dan batin buat warga blogger yang Cik Nor sayangi semua.  Harap maaf diatas kelewatan ini kerana empunya blog lara sebab dapat makan disiang hari dah.haha

Tahun ni tak adalah beraya sakan kerana kita semua berada masih lagi dalam tempoh PKPB. Hanya hari raya pertama dibernarkan menziarahi kaum keluarga terdekat. Itupun dalam jumlah yang tidak melebihi 20 orang dalam satu masa. Kalau lebih dari tu, sendiri mau ingat lah yer tuan rumah.

Rumah Cik Nor memang tak ramai sebab 2 orang kakak dah duduk rumah sendiri. Yang balik rumah Cik Nor adik perempuan Cik Nor yang dah kahwin dan menetap di Pasir Putih. Yang 2 orang adik lelaki memang dok sebumbung dengan Cik Nor dah. So, tak nampak sangat pertambahan ahli keluarga.


Raya ni memang tak beli baju raya sebab gaji tak ada. Haha. Eh..bukan la..ada jer duit hasil kerja review tapi malas nak bazirkan sebab tak pergi kemana-mana pun raya ni. Just duduk dirumah bersama keluarga jer. Lagipun baju kurung yang ada dalam simpanan memang dah banyak, entah bila nak pakai pun tak tahu lah sejak tak kerja ni. Dulu tak apalah buat baru baru banyak, boleh pakai pergi kerja. Sekarang ni fikir banyak kali kalau nak beli baju baru. huhu

Kuih raya memang tak ada tahun ni sebab Cik Nor bukan pakai buat kuih raya. Yang Cik Nor tahu cuma makan jer. haha. Pagi raya adik Cik Nor masak nasi beriani kambing, makan lah yang tu sampai malam atau sampai habis nasi tu.haha. Zalim kan Cik Nor:Itu sahaja cerita hari raya Cik Nor untuk tahun 2020. Panjang umur..jumpa lagi raya tahun 2021. InsyaAllah..

Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

8 comments:

  1. Raya pertama ada la balik rumah ayah di Kg Tandak tu. Lps tu gi umah mentua d pmas. Cukup la tu.

    ReplyDelete
  2. Salam raya PKPB
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Kita pun raya pertama je pusing² kawasan sini raya ke-2. Ke-3 duduk diam² kat rumah. Tapi tahun ni baju raya adalah juga 2 padang hehe..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir batin.. =)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kak

    ReplyDelete
  7. Maaf zahir batin Cik Nor.... Hakak pun tak de baju Rayo, pakai ajelah lah baju yg ado. Dah berhenti keje ke? Laa kenapa? Sebab PKP ke? Ke nak fokus nak review product? Apa pun hakak doakan Cik Nor sentiasa diberkati ye

    ReplyDelete