Breaking News

Sinopsis Rumah Siti Khadijah


Drama bersiri Rumah Siti Khadijah akan disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 10 September 2019. Drama arahan Heykal Hanifah ini akan menyajikan kelainan untuk setiap episod. Akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : RUMAH SITI KHADIJAH
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 September 2019
WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis, 10 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Heykal Hanifah
PRODUKSI : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Farahdhiya, Intan Ladyana, Faezah Elai, Nina Iskandar, Sherry Al Jeffri, Azhan Rani, Zaidi Omar , Zulkifli Ismail, Rahhim Omar, Jay Iswazir, Kamarool Yusoff, Khayrisyah Kemal , Fimie Don, Fara Nadiah, Radhi khalid, Erynne Erynna, Rusdi Ramli , Emelda Rosemila, Syainie Shuhaimi, Asyiqin Zaed, Haziq MacQuistan, Wan Nor Azlin, Syazwan Zulkifly, Adam Shahz, Hanna Aqeela, Syafnida Shuhaimi, Isyariana, Danish Hazriq, Zaefrul Nordin, Razzuan Rosli, Dian Dee, Scha Elinnea, Heykal Hanifah, Aleza Shadan, Bella Dowanna

LAGU TEMA / OST 
Jiwa Raga - Liya Bank 

SINOPSIS RUMAH SITI KHADIJAH

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira, Zara dan Fika mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.

Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya.

9 comments:

  1. tak tengok lagi drama ni..tengok iklan dia je

    ReplyDelete
  2. lahhh dah lama ka cerita ni? Baru start tgok semalam. tu pun tgok gitu2 ja

    ReplyDelete
  3. kalau sempat nak tgok di youtube tv3 je..

    ReplyDelete
  4. hari tu tengok juga satu episodnya..banyak moral dan teladan yang boleh kita dapat dari cerita2 siri ni

    ReplyDelete
  5. tertengok sekali je..tp tak faham sangat jalan cerita..sebab dah tenagh2 episod kan..
    boleh laa layan youtube nanti

    ReplyDelete
  6. menarik sinopsisnya.. Tapi tak berpeluang nak tengok..

    ReplyDelete
  7. tampak menarik...tp kol 10 tu lazim sy dah zzz hehehe

    ReplyDelete