Breaking News

Tingkatkan Kesihatan Anda Dengan Bowel Wellness Dan Joint Wellness Dari Himalaya Wellness

Assalamualaikum...


Sejak usia makin meningkat ke usia senja ni, pelbagai masalah kesihatan menghantui diri. Sekejap ada masalah sembelit, sekejap ada masalah sakit sendi. Kedua-dua masalah ini akan menyebabkan kerja-kerja yang kita lakukan setiap hari akan terbantut. Paling tak suka bila sakit sendi, nak solat dengan selesa pun agak terbatas. Buntu juga nak mencari penyelesaian tentang masalah ini walaupun banyak ubat dipasaran tapi tak semua boleh dipercayai.

Kalau Cik Nor cerita mesti korang tak percayakan? Dalam usia Cik Nor yang nampak muda tapi umur dah semakin meningkat, Cik Nor pernah mengalami sakit otot dibahgian lutut secara tiba-tiba. Masa tu hanya Allah yang tahu macam mana sakitnya ketika hendak solat. Allahuakbar, masa nak  sujud tu rasa nak menangis sakitnya. Tapi sebab nak solat secara normal terpaksa juga tahan sakitnya. Cuba juga berurut namun ianya hilang sekejap dan datang kembali selepas itu.



Dok scroll kat facebook ada terbaca tentang Joint Wellness dari Himalaya Wellness yang dapat membantu mengurangkan masalah sakit otot dan sendi. Tanpa berlengah lagi cepat-cepat Cik Nor ke Watson berhampiran untuk mendapatkan Joint Wellness ini. Mana taknya, sakit sendi dan otot ini kalau tak dicegah dari awal akan menyebabkan ia berlarutan hingga ke hari tua kita.

1. Joint Wellness - Membantu Mengurankan Sakit Sendi

Sesuai Untuk Siapa?

- Orang yang sakit sendi
- Orang mengalami sengal otot dan lenguh badan


Kebaikan Joint Wellness

- Melegakan sakit sendi yang mengalami kerosakan
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Mengurangkan kesakitan sendi dan keradangan

Bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat mereka perlu mengekalkan berat badan mereka dalam lingkungan kesihatan yang disarankan oleh pakar kesihatan bagi mengurangkan beban sakit sendi. Latihan seperti senaman aerobik juga banyak membantu dalam pengurusan berat badan korang. Selain itu juga ia juga dapat membantu menguatkan ligamen otot dan menyokong sendi. Jangan lupa minta bantuan daripada ahli terapi atau jurulatih fizikal untuk membantu korang dalam memulakan senaman kecergasan ini.


Peringatan Penting

Kapsul Shallaki adalah selamat untuk digunakan oleh orang dewasa dengan sewajarnya. Namun sila rujuk doktor jika korang hipersensitif kepada bahan, mengandung atau menyusu.

Cara penggunaannya :

Amalkan 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Cik Nor sendiri ada mengalami masalah sembelit tapi tidak lah mencapai tahap yang kronik lagi. Dalam 1 minggu mesti ada 1 atau 2 hari yang tidak Cik Nor tak boleh membuang. Aduh..masa tu macam-macam rasa ada. Dah la nak membuang tak boleh, kadang-kadang tu angin pun sukar jugak nak keluar. Korang yang ada masalah sembelit macam ni mesti tahu perasaannya macam mana. Tak boleh nak gambar rasa tidak selesanya itu.

Setelah bertanyakan kawan-kawan, mereka cadangkan supaya Cik Nor ambil Bowel Wellness dari Himalaya Wellness untuk menyelesaikan masalah ini.


2. Bowel Wellness - Membantu Mengatasi Masalah Pencernaan

Bowel Wellness mengandungi Triphala (tiga jenis buah) dan ia adalah salah satu rumusan herba tertua dalam tradisi Ayurveda.

Bagaimana Bowel Wellness Membantu Korang?

Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan yang dirumus untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakan kesihatan gastrousus.

Sesuai Untuk Siapa?

- Orang yang mengalami sembelit yang kronik
- Orang yang mengalami masalah senak atau kembung perut dan masalah tidak lawas pembuangan.


Cara Penggunaannya : 

Amalkan 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Dari pembacaan Cik Nor di laman sesawang Himalaya Wellness kita hendaklah makan makanan yang kaya dengan serat setiap hari untuk mengelakkan sembelit berlaku. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran setiap hari mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 20-35 gram serat. Kita juga disarankan supaya menghadkan pengambilan makanan yang mempunyai serat rendah, sukar diproses, berlemak dan manis. Minum air kosong secukupnya akan membantu melembutkan najis.

Senaman secara teratur seperti berjalan cepat, berbasikal dan berenang dapat membantu merangsang fungsi usus.


Peringatan Penting

Kapsul Triphala ini selamat untuk digunakan oleh orang dewasa dengan sewajarnya, namun mereka yang hipersensitif kepada bahan, mengandung atau menyusu hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Kesan Selepas Tiga Minggu Pengambilan.


Alhamdulillah selepas hampir 3 minggu Cik Nor mengamalkan Joint Wellness memang nampak kesannya. Sakit sendi bahagian lutut telah berkurangkan dan Cik Nor sudah boleh solat dengan selesa tanpa rasa sakit. Cik Nor akan terus amalkan Joint Wellness ini dimasa akan datang.


Masalah sembelit juga telah diatasi dimana sekarang ini Cik Nor dapat membuang secara normal tanpa perlu memaksa. Setiap pagi merrupakan rutin harian Cik Nor untuk membuang. Bowel Wellness amat membantu mengatasi masalah sembelit ini. Tiada lagi sakit kepala atau tidak selesa pada perut. Selamat tinggal sembelit.

Korang yang berminat atau yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Joint Wellness dan Bowel Wellness ini boleh la lawati :

Laman Web : http://www.himalayainasia.com
Facebook : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/himalayamalaysia

13 comments:

  1. Macam-macam brand vitamin ada tak tahu nak pilih yang mana.

    ReplyDelete
  2. macam nak belikan pulak untuk bapak kat kampung, yang pertama tu...untuk sakit sendi

    ReplyDelete
  3. Aritu saya ada problem jugak kat bahagian otot lutut ni. Terus buat sup ayam makan. Nasib baik menjadi tapi kalau ada tablet macamni lagi mudah. Tak payah susah2 nak masak. Makan je kan..

    ReplyDelete
  4. tu la menarik juga ni..mak nieyl senelum ni pun mmg ade masalah lutut..tapi tu la, buat masa ni focus untuk jantung dia dlu..nnt dah ok, nieyl pun nak try kasi mak try

    ReplyDelete
  5. Kita pun consume Bowel Wellness tu, amik bila perut tetiba meragam susah nak membuang. Memang baguslah!

    ReplyDelete
  6. sblm ni cuma tau produk himalaya hanya berkaitan dgn rambut je...

    ReplyDelete
  7. Yang joint tu macam nak kena beli je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha..kat watson ada jual produk himalaya ni..:)

      Delete
  8. Produk Himalaya setakat ni semua terbaik dihasilkan

    ReplyDelete