Breaking News

Selamat Hari Pekerja 2019


Assalamualaikum..

Harap korang tak marah la sebab entry ni Cik Nor publish pada 2 Mei 2019. hehe. Entry untuk 1 May 2019 Cik Nor dah set untuk di publish.hehe. Sejenis manusia yang malas nak ubah jadual bila dia dah set.hehe. Bertabah la korang dapat kawan blogger macam Cik Nor. Kepala tak berapa nak ok sejak link blog kena banned dengan facebook. haha

Selamat hari pekerja buat semua kawan-kawan yang bekerja. Yang tidak bekerja pun tetap bekerja jugak walaupun seorang suri rumah. Korang ingat suri rumah tu goyang kaki jer ke? Dia lagi banyak kerja dari kita yang kerja di pejabat ni. Dia kalau boleh 24 jam pun nak kerja tau. hehe. Kita yang kerja 8 jam sehari pun dah mengeluh penat. Padahal dok atas kerusi dalam econ pulak tu. Siap boleh layan internet lagi..hehe

Buat korang yang bergelar pekerja, jadilah pekerja yang rajin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Jangan jadi macam Cik Nor, asyik melawan bos jer kerjanya. haha.  Melawan-melawan pun dah 7 tahun kat syarikat tu. Tahun lepas hampir melepaskan jawatan tapi mungkin Allah kata rezeki masih disitu maka bersabarlah singgah habis hutang piutang atau dipertemukan jodoh dengan jutawan..aamiin..haha

Merapu punya entry. Tadi buat entry sebab nak wish Selamat Hari Pekerja buat kawan-kawan semua tapi nak melalut sampai ke jodoh la pulak. Idok ke merapu macam tu.hehe. Oklah..stop sini dulu. Ada masa jumpa di lain entry. Selamat hari pekerja dan selamat berehat..hehe

14 comments:

  1. Masih cuti ke tu heheheh selamat bekerja Cik Nor ...

    ReplyDelete
  2. selamat kembali bekerja cik nor! haaa besar sikit tulisannya..haha

    ReplyDelete
  3. Selamat hari pekerja pada Cik Nor.. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi pekerja terbilang, cemerlang dan berdedikasi untuk agama, bangsa dan negara.. btw TAHNIAH diucapkan pada Cik Nor kerana bulan nie Cik Nor terpilih untuk menjadi TOP COMMENTATOR dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/05/top-commentator-bulan-mei-2019-tahniah.html

    ReplyDelete
  4. kenapalah hari pekerja thn ni jatuh hari rabu? kenapa x hari jumaat or hari isnin? whyyyyyy

    ReplyDelete
  5. Betul jgak, kadang2 yang duduk rumah 'goyang kaki' tu lagi penat dari orang kerja office haha

    dah lambat but still, hope everyone had a great Labour Day.

    ReplyDelete
  6. Betul tu CikNor. Dura dah pernah jadi surirumah dan now seorang pekerja. Dua-dua 'kerjaya' ada cabaran dan tugasan tersendiri, lebih kurang aje sama aje penatnya. Huhu.

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari pekerja buat pekerja yang bekerja

    ReplyDelete
  8. Ui..penat jugak kerja jadi surirumah tapi nasib baik dapat cuti jugak. So pi mana cuti2 CikNor?

    ReplyDelete
  9. hahha.. melalut sekali sekala xpe.. hehehe
    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  10. Amin cik nor.. ingatkan mmg tukar kerja.. tak rupenye..

    ReplyDelete
  11. nak kerja jadi surirumah mental kena kuat hahahha

    ReplyDelete
  12. aida bekerja. tapi tak bekerja ha ha ha ha ha...
    dok rumah, gaji jalan :)
    tapi tu la, julai nanti masuk keje balik, ciknor. aduhai... lemau nyer!

    ReplyDelete