Berikan Perabot Lama Anda Sentuhan Baharu Dengan WD-40
Jika anda berminat untuk mengurangkan jumlah sisa yang dibuang
untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik, mengapa anda tidak
mempertimbangkan untuk mengamalkan falsafah 3R iaitu, ‘mengurangkan (Reduce),
guna semula (Reduce) dan kitar semula’ (Recycle)?
Salah satu cara untuk
membantu anda memulakannya ialah dengan memberi perabot lama anda sentuhan
baharu, bukannya membuang atau menukar perabot anda yang masih baik kepada
jenama baharu yang lebih mahal – kerana ia tidak lebih daripada inflasi – namun
juga tidak semestinya mengurangkan kualiti atau reka bentuk yang lebih baik.
Apa yang anda perlukan
sebenarnya ialah tin biru dan kuning, Produk Pelbagai Guna WD40® bagi membantu anda mengembalikan kesinaran
perabot lama anda. Berikut adalah empat perkara utama yang perlu
dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukannya:
- Jika ia adalah sofa kulit-
atau apa-apa sahaja perabot jenis kulit – ia sebenarnya sangat mudah
dibersihkan. Anda cuma perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan kain lembut dan kering, gosok
sedikit permukaan kulit. Jika anda melakukan cara ini, ia bukan sahaja membersihkan
dan melicinkan kulit perabot anda, malah membuatkannya bersinar seperti baharu.
- Jika meja lama atau bahagian dapur anda penuh dengan kesan cawan, anda tidak perlu risau. Hanya semburkan
sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® dan biarkan sekejap, gosok
dan kesan kotoran berkenaan akan hilang. Permukaan pula akan menjadi seperti
baharu. Biarpun permukaan mempunyai contengan krayon atau penanda lain, anda
tidak perlu risau. Lakukan cara yang sama.
- Apabila kita memerlukan lebih
banyak kerusi untuk acara atau parti yang bakal diadakan dan kita mempunyai
kerusi plastik atau kerusi taman yang sudah lama tersimpan di rumah. Tetapi ia
tidak seperti yang diharapkan apabila kerusi yang ada warnanya telah pudar dan
terdapat kesan kotoran degil yang telah terkumpul bertahun-tahun. Oleh itu,
anda hanya perlu sembur dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas kerusi terbabit dan gosok kuat sedikit.
Anda akan kagum dengan hasilnya.
- - Satu set pemanggang BBQ
selalunya agak mahal. Malah, jika ia dibiarkan terlalu lama dan tidak
digunakan, sudah pasti akan memudahkan set BBQ menjadi kotor dan berkarat.
Sebelum anda mengetahui kaedah ini, sudah pasti anda akan terfikir untuk
membuangnya. Namun, ia sangat membazir jika barang berkenaan boleh diselamatkan
dengan hanya membersihkannya. Mulakan
dengan menyembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® ke atas tempat pemanggang dan biarkan selama
lebih kurang 10 minit. Selepas itu, semburkan semula, kemudian gosok larutan
itu dengan kain kering atau aluminium foil. Bersihkan sebarang sisa kotoran
dengan tuala kertas. Sekiranya terdapat kesan kotoran (sama ada dari sisa
makanan lama atau lain-lain jenis) yang terperangkap pada tempat pemanggang,
anda hanya perlu sembur, kemudian hilangkan dengan menggunakan berus dawai atau
berus kasar, sebelum mencucinya dengan air panas dan sabun .
Produk Pelbagai Guna WD-40® selamat untuk digunakan pada logam, getah, kayu
dan plastik. Ia juga boleh digunakan untuk permukaan logam yang dicat tanpa
memberi sebarang kemudaratan kepada cat.
Untuk maklumat lanjut
mengenai lebih daripada 2,000 kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® yang
boleh dipercayai, sila layari https://wd40.asia/.
Bagus sekali idenya, kak.
ReplyDeleteDengan sedikit polesan dan creativity, perabotan lama pun bisa tampil cantik dan tak kalah dengan tampilan perabotan modern.
does it really work?
ReplyDeleteWah kalau macam ni jimat ni
ReplyDeletebanyak kegunaan wd40 ni kan. rumah ana wajib ada 1 kak untuk mudahkan kerja2 rumah ni.
ReplyDeletememang wajib ada di rumah
ReplyDeletenice sharing cik nor
ReplyDeleteLepas ni nak trylah gosok kat apa yg dah berkarat kat rumah ni.... Ada je WD40 tu ...
ReplyDeleteWah wd40 Ni magic la
ReplyDeleteterbaek. boleh cuba nanti :)
ReplyDeletenak raya ni bolehlah cari. berseri2 perabot rumah nnt😊
ReplyDeleteboleh cari ini.. makin berseri-seri perabot raya ini..
ReplyDelete