Breaking News

Meriahnya Ramadan Dengan Souq Ramadan @ Perdana


Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pada hari kedua berpuasa Cik Nor mendapat jemputan berbuka puasa di Hotel Perdana Kota Bharu. Riang nya tak terkata ko dapat berbuka puasa kat hotel. Masa dapat panggilan jemputan tu mata dah terbayang banyaknya lauk pauk yang terhidang, air minuman pelbagai jenis, kuih-muih yang beraneka rasa, dessert yang menggoda hati dan pelbagai menu sampingan yang bakal menggugat jiwa ini untuk lupa diet. Eh..berangan kan Cik Nor ni. haha.. Berbalik kepada cerita asal. Yang tadi bayangan jer..hehe


Masa masuk Hotel Perdana tu dah nampak kemeriahan bila nak staf-stafnya menyambut pelanggan dengan penuh mesra. Sebagai blogger kami diberi peluang awal untuk mengambil gambar dan meninjau menu-menu yang disedia. Ternyata bayangan Cik Nor sebelum sampai ke Hotel Perdana menjadi kenyataan. Mana tidaknya kumpulan chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi menyediakan menu bufet yaang amat menyelerakan dan bervariasi kepada para tetamu yang dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan.




Korang rasa nak menu Malaysia, Arab, Indonesia dan Thai, semuanya ada di Hotel Perdana. Yang paling memikat selera Cik Nor la sebab Cik Nor cuba semua lauk yang dihidangkan. Nampak tak ketamakan Cik Nor disitu?hihi. Paru Goreng Berlada, Masak Lemak Perut Lembu Bersama Rebung, Udang Sweet Sour, Gulai Sotong Dengan Nenas dan banyak lagi sebenarnya. Kalau nak sebut semua kat sini memang tak suprise la pulak. hehe



Bagi korang yang gemarkan sup, pelbagai menu sup disediakan. Antara yang paling diminati ramai ialah Sup Belut, Sup Torpedo Power, Sup Kambing dan pelbagai lagi. Sup ni kalau makan panas-panas memang boleh terlupa nak makan nasi weh. Rugi la saper tak cuba sup di Hotel Perdana ni.



Eh..ada lagi tau, pencuci mulut yang beraneka jenis disediakan. Antaranya  pelbagai jenis kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek, tapai pulut, tapai ubi dan macam-macam lagi la. Erkk..terlupa pula pada minuman. Hampir 10 jenis minuman sejuk disediakan termasuk teh dan kopi. Sebenarnya banyak lagi yang Cik Nor tak sebut kat sini. Saja nak bagi korang suprise bila korang datang berbuka di Hotel Perdana ni.  Nanti bila dah datang mesti korang terkejut sebab banyak menu yang tidak disebut oleh Cik Nor turut disediakan.


Malas dah nak sebut pasal menu yang disediakan sebab Cik Nor sampai sekarang teringat-ingat menu yang sediakan. Semuanya sedap-sedap belaka. Nak cuba kesedapan semua menu-menu ini jangan lupa datang sendiri berbuka di Hotel Perdana Kota Bharu.  Mesti korang risau, kalau datang berbuka kat hotel mesti susah nak solat. Eh..silap tu..Pihak Hotel Perdana menyediakan kemudahan surau yang luas dan selesa untuk semua tetamu mereka. Nak solat terawih pun boleh uolls.



Kesemua aneka hidangan pilihan ini hanya berharga RM85.00 seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun. Iftar untuk majlis persendirian  atau korporat jua boleeh diatur di dewan-dewan dengan harga dari RM65. 00 seorang untuk tempahan minuma 50 orang.  Korang juga boleh beramal sambil menjamu selera di Hotel Perdana Kota Bharu dengan setiap pembelian RM1 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan terpilih.



Tunggu apa lagi weh.. jom la serbu Souq Ramadan Hotel Perdana Kota Bharu. Memang sedap dan berbaloi. 


Untuk maklumat lanjut  lawati :

Website : www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : https://www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : @hotelperdana_kotabharu

13 comments:

  1. fuhhhyoooo makanan dia.. makan pula tepi kolam memang best la

    ReplyDelete
  2. ya hadir singgah di bulan puasa (^_^)

    ReplyDelete
  3. dia punya makanan, meriah...ai cuci mata di t/hari bulan posa ni..haha..saja cik nor ni tau..

    ReplyDelete
  4. wah best nya lahai, rambang mata terus nak memilih. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Wah,asyik sekali berbuka puasa dengan berbagai macam menu 😍

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap semua makanan.. Tempat pun selesa

    ReplyDelete
  7. Banyaknyer air..kalau buka puasa memang minum air bergelen2 laa

    ReplyDelete
  8. Sha nampak sup tetel.. dan torpedo.. pergh!!

    ReplyDelete
  9. syok laa dio.. curlaasss buko poso bira kolam uiiii

    ReplyDelete
  10. Eiiii dia dah dulu makan hotel rupanya.... kerlas ko cik nor hihi...
    Cik Nor kira mahal tu Rm85. kat Mudzaffar baru Rm70....

    ReplyDelete