Set A'Bloom Dari Althea Korea Memang Cantik, Menarik Dan Tertarik.
Assalamualaikum
Dah lama kan Cik Nor tak bercerita pasal produk Althea? Kalau Cik Nor dah bawak keluar cerita ni mesti ada buah tangan terbaru dari Althea. Memang betul tu..hehe. Buah tangan terbaru dari Althea di beri nama New Collection A'Bloom. Serius Cik Nor tergoda dengan buah tangan terbaru Althea kali ini. Mana tidaknya produk dia kecik-kecil dan comel tapi kesan dia memang tip top. Bukan takat produk dia jer yang comel, malas paacking dia pun menarik perhatian pelanggan, Tanpa membuang masa jom kita kenal dengan lebih dekat Althea A'Bloom ni.
Ayuh kita kenal satu persatu dan apa kegunaan setiap produk ini. Mana tahu kot lepas ni korang pulak berminat nak dapatkan produk-produk baru dari Althea ni.
A'bloom BHA Blackhead Blaster
BHA Blackhead Blaster merupakan blackhead/whitehead removal. Ia didatangkan
dalam bentuk stick putar bukannya mask yang biasa korang pakai tu. Diformulasi dengan
menggunakan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), ia
membantu untuk menyingkirkan blackhead/whitehead, sel kulit mati dan
sebum yang berlebihan dengan mudah tanpa rasa sakit. Ye lah, kalau pakai mask tu leceh sikit bila mask tu melekat kuat kat kulit muka kan? Sekarang bukan macam tu lagi..hehe
Selain dari kandungan kat atas tu ia juga menggunakan bahan-bahan seperti charcoal powder, apricot
seed, tea tree leaf oil untuk skrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan
kerana teksturnya yang lembut membuatkan korang rasa ringan je pada muka. Ia sesuai
untuk mereka yang jenis kulit berminyak atau kombinasi.
Cara Menggunakanya :
1. Basuh muka supaya bersih daripada makeup. Nak kesan lebih cepat,
gunakan tuala panas dan letak pada muka sebelum menggunakanya untuk membuka
pori-pori.
2. Gosokkan BHA Blackhead Blaster ini pada kawasan yang terdapat blackhead/whitehead sehingga rasa puas.
3. Kemudian korang boleh lap kesan warna hitam dengan tuala yang bersih dan bilas muka dengan air suam.
4. Korang akan rasa kulit lebih lembap dan tiada kerengsaan malah minyak juga berkurangan.
A'bloom Mask Sheets (4 Variations)
Bab mask ni memang best, mana tak nya ada 4 variasi mask yang diperkenalkan. Dah macam orang Korea pulak, tak ada mask macam tak lengkap hidup. hehe. Macam-macam mana pun seminggu sekali mesti kena pakai mask. Mask ni banyak fungsinya, salah satunya untuk melembapkan kulit muka.
1. A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
Mengandungi ekstrak tembikai untuk memberi penghidratan dan kelembapan
pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala, lavendar untuk
menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang ketika memakainya.
2. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)
Mask ini mengandungi Lemon dan Lime yang kaya dengan kandungan Vitamin C
dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit serta memudarkan
bintik gelap. Bahkan, teh hijau digunakan untuk mencerah sambil
menenangkan kulit.
Bahan utama yang terdapat di dalamnya adalah seperti Niacinamide,
Ekstrak Buah Citrus Lemon, Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia dan
Ekstrak Daun Camellia Sinensis.
3. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
Mask ini berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit yang sensitif.
Diperbuat dari ekstrak buah pic dan minyak pokok teh untuk mengawal
pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya
menjadi lebih lembut dan halus.
Bahan utama yang digunakan ialah Ekstrak Buah Prunus Persica (Peach), Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh).
4. A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi
kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ia diadun dengan
ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.
Korang dah baca kan fungsi setiap mask yang Cik Nor kongsikan di atas. Mesti korang teruja untuk memiliki mask-mask tersebut. Banyak kebaikan yang kita dapat bila pakai mask ni. Bukan setakat dapat kulit yang lembap, ia juga dah menjadikan kulit muka kita awet muda.
A'bloom Giant Meringue Puff
Bab-bab sponge ni Cik Nor tak tahu sangat tapi bila dok perhati orang guna untuk meratakan
foundation terdetik dihati untuk mencuba menggunakannya Ternyata Althea berjaya menggoda pelanggannya untuk menngunakan sponge yang sangat comel dan berbeza dengan sponge yang ada dipasaran sekarang. Giant Meringue Puff ini bersaiz lebih besar dari
yang Baby Meringue Puff.
Puff ini boleh mengembang sehingga 1.5x dari saiz sebenar dengan cepat
bagi kawasan yang luas pada muka seperti bahagian pipi, dahi dan dagu
dan membuat kulit tampak flawless.
Cara penggunaan :
1. Boleh gunakan secara basah atau pun kering mengikut keperluan korang semasa penggunaannya.
A'bloom Baby Meringue Puff
Bagi memudahkan kerja meratakan foundation pada kawasan yang susah atau
kecil, korang gunakan Baby Meringue Puff pada bahagian seperti bawah
mata, celah tepi hidung, tepi mulut dan celah antara kening dengan dahi.
Ia amat mudah digunakan kerana ianya bersaiz kecil dan boleh mengembang
seperti yang Giant Merigue Puff jugk.
Cara penggunaan juga sama dengan Giant Merigue Puff. Antara nak kering atau
basahkan puff tersebut.
Macam mana? Tergoda la tu dengan review Cik Nor. Harga korang tak perlu risau, mur mur jer dia. Tak caya? Jom terjah website Althe untuk maklumat lanjut.
Website Althea : https://my.althea.kr/
Website Althea : https://my.althea.kr/
waaa bestnya weihh.
ReplyDeleteMacam-macam jenis mask dapat ya.
ReplyDeleteMrs. A suka guna puff so far ada yang sejenis besar tu yang teciks comel takde yang pasti ini bukan apam Che Ta ya hahahaaa...
span dia tu geram tengok
ReplyDeleteMemang sayang nak guna tapi kalau tak guna tak tahu macamana pula kan
ReplyDeleteSedapnya tengok yang watermelon 🍉 tuu. Hahaaaa maklumlah bulan puasa ni cik nor
ReplyDeletedalam koleksi A'Bloom ni, blakchead blaster je kita dah rasmi..hat lain, elok lagi dlm kotak..busy benor..yang baby & giant meringue tu comey sangat..syg nak guna..haha
ReplyDeleteseronok :)
ReplyDeletecantik span dia😊
ReplyDeletemcm best je product ni
ReplyDeleteWahhh banyak nya mask
ReplyDeleteset ni da out of stock kat website...sedihhhh...kena tunggu restock lerrr
ReplyDeletecomelnya packaging mask tu..
ReplyDeletesuka tengok mask tu
ReplyDelete