Breaking News

Nur 2 - Episod Akhir



Assalamualaikum..

Tengak santai-santai sempena cuti Hari Pekerja ke? Nak keluar cuti sehari jer kan?hehe.. Apa kata korang yang tak pergi mana-mana tu layan drama Nur 2 episod akhir. Mana tahu kot ada yang tak sempat tengok episod akhir minggu lepas.

Mesti ramai yang rindu dengan Ustaz Madi kan? Walaupun Ustaz Madi tu jahat dia tetap meninggal hari khamis malam Jumaat tau. haha. Itu yang korang perlu tahu. Hebat betul lakonan Azhan Rani dalam drama ni, sampai kat luar set penggambaran pun orang benci. Susah nak cari pelakon berbakat macam dia zaman sekarang ni.

Watak Aisyah pula paling orang bengang. Lurus macam pembaris. Ikut jer apa laki dia kata dan buat. Cik Nor yang tengok ni rasa nak bagi pelempang jer bagi dia sedar sikit yang laki dia tu tak guna. haha. Sampai apa mak dia nasihat pun dia tak dengar. Kena mandrem dengan Ustaz Madi kot.

Watak Juita memang tak boleh bla la. Perempuan lorong paling menggoda. Pergi lah ke mana sahaja ada jer lelaki yang kenal dengan dia. Maknanya semua lelaki yang kenal dia pernah langgan dia kot.haha. Tapi menjadi betul Azar Azmi bawa watak perempuan lorong.

Ini yang paling korang tak boleh lupa, watak Uchee jiran sebelah rumah Nur a.k.a akak bawang. Yang tengah viral sekarang..woshu..woshu..woshu dia tu la. Mana-mana jer ada viral dan parody dia. haha. Paling tak boleh lupa part yang dia mintak maaf kat Nur dengan Ustaz Adam tu. Orang tengah marah dan serabut boleh pulak dia cakap laju-laju. haha. Kalau kat luar mahu kena lempang dah.haha.

Keseluruhan drama dan ending Nur 2 ni sangat baik sebab ia berakhir dengan happy ending. Eh..dah macam pengulas drama la pulak Cik Nor ni. Pendapat korang macam mana pulak tentang Nur 2 episod akhir ni.

9 comments:

  1. 10 min terakhir buat org😡😡😡

    ReplyDelete
  2. hahaha...azhan rani memang terbaik! sampai ke realiti show yang lawak tu ntah ape namanya, pun dia ada sekali kan dengan shuk n jihan...menang diorang dibuatnye..ahhahahaha kelakar gilerrrr

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang saya dok hafal ayat ni > aku tak suka nak cakap ni, tapi setakat perempuan takde maruah macam kau, bla2..part tu ustaz adam memang terbaikla. Asyik lembik je geram jugak tengok..

    ReplyDelete
  4. Tak ngk tapi tahu ending dia sbb duk baca status org up kat FB

    ReplyDelete
  5. Tak tengok.. tapi ada tertengok klip kakak woshu woshu tu dekat youtube.. pergh.. laju gila dia cakap..

    ReplyDelete
  6. tak sempat layan, sbb akk layan astro

    ReplyDelete
  7. cerita nur 2 memey ada mesej dan penganjaran yang nak di sampaikan

    ReplyDelete
  8. huhh.. memang emo tengok cerita Nur ni... tp bagusnya sebab ada sesuatu yang disampaikan

    ReplyDelete
  9. seriusly, ciknor, aida x tgk pun nur 1 dan 2 ni.
    bukan tak minat. sebab tv problem.
    so, x dpt layan dgn aman.
    viral betul. hingga syuk bintang mencari bintang pun bwk masuk ustaz madi ha ha ah ha ha :)
    powerful ekk...

    ReplyDelete