Breaking News

Bila Housemate Ko Berperangai Pelik

sumber gambar dari google

Asslamualaikum..

Dah lama rasanya Cik Nor tak bercerita tentang masalah rumah sewa Cik Nor ni. Banyak cerita sebenarnya nak kongsikan disini tapi kengkangan masa membuatkan Cik Nor peramkan dalu ceritanya. hehe. Bukan untuk mengaibkan orang tapi sekarang mahu berkongsi cerita dengan korang semua. huhu. 

Ceritanya begini, pagi-pagi biasalah Cik Nor akan bersarapan dahulu sebelum ke tempat kerja. Masak nak keluar bilik terdengar orang buka dapur gas macam nak masak. Cik Nor biar jer lah sebab sebelah lagi boleh guna. Cik Nor nak masak air jer. Korang tahu apa yang housemate masak? span pinggan macam dalam gambar kat atas tu. Siap letak sabun lagi dalam periuk tu. Dah la periuk yang dia buat rebus span cuci pinggan tu housemate lain guna untuk masak makanan. Tidak ke geli orang nak guna periuk tu lagi lepas ni. Nasib la dia tak guna periuk Cik Nor, kalau dia guna memang dalam tong sampah lah periuk tu. Geli arr nak guna. Bila Cik Nor dah nampak apa yang dia buat dalam periuk tu memang tobat la tak sentuh periuk tu.

Tapi pelik la, apa motif dia rebus span cuci pinggan tu? Nak kata dia ni pembersih sangat rasanya macam tak. Sebab apa Cik Nor cakap macam tu. Pertama kalau dia basuh kain, bila kain lapik dekat mesin basuh basah dia tak tolong tukarkan. Kalau Cik Nor geli sikit benda basah-basah ni. Nak kena kering selalu tempat tu. Kedua, dia boleh buat tak tahu kalau tengak lantai tu kotor dan berpasir. Buar macam tak ada apa-apa berlaku jer. Ketiga, bila cuci apa-apa kat sinki dapur mesti tinggalkan sisa tanpa membersihnya terlebih dahulu.

Cik Nor nak kata pembersih sangat tu tak la sebab dalam bilik Cik Nor bersepah juga. Cuma satu jer perangai Cik Nor, tak boleh tengok ruaang tamu atau pun dapur bersepah. Nak kena kemas juga walaupun rumah sewa. Bila orang masuk rumah kita dan tengok persekitaran, orang dapat agak personaliti kita. Betul tak korang?hehe. Pernah jugaklah exroomate Cik Nor nampak housemate yang pelik tu tadi cuci muka guna besen yang kami selalu buat potong sayur. Terus geli nak guna besen tu walaupun tak tengok dengan mata sendiri.

Yang Cik Nor pelik, kenapa dia rebus span cuci pinggan tu? Sedangkan span dia guna seorang diri jer.Bukan guna ramai-ramai macam Cik Nor.  Bagi korang, dia ni pembersih atau masalah kecelaruan fikiran?haha. 

21 comments:

  1. hehehe..pelik la pulak pegi rebus benda alah tu dah kenapa...adeh...

    ReplyDelete
  2. eh pelikan perangai tu hihihihi

    ReplyDelete
  3. errr...scary cik nor...dia okey tak?boleh bawak bersembang ke apa..klu jenis okey, cuba tnya..pelik sangat pangai..cuci muka guna besen yg org buat letak potong sayur...rebus span basuh pinggan?apakah?

    ReplyDelete
  4. ermm..kot yea pun nak sterilize ke apa ke span tu, tak payahla guna periuk masak makanan. gunalah peralatan sesuai macam gayung ke

    ReplyDelete
  5. Jaga jaga bila dpt hsemate mcm ni. Takut rebus mendrem je. Takutnya!

    ReplyDelete
  6. Pada Sha dia ada masalah kecelaruan.. memang ada je manusia macam nie Cik Nor.. Tapi bila duduk menyewa dengan orang lain ini macam-macam perangai boleh kita jumpa..

    ReplyDelete
  7. Macam seram jee. Hehe tapi kalau dia jenis boleh bawak bincang. Better, tanya elok2 kut. :D

    ReplyDelete
  8. Entahlah ciknor..xtau nak kabo camne. 1001 macam perangai hehe

    ReplyDelete
  9. mungkinkah dia seketul alien? hahahahahhahha

    ReplyDelete
  10. tengah buat eksperimen sains kot haha tapi memang pelik perangai hahahaha

    ReplyDelete
  11. Pelik gk ni....cuba sesekali tanya..muahahaa

    ReplyDelete
  12. Agaknya dia nak hilangkan yang kaler hitam2 kat span tu kot? Pikir positif..

    ReplyDelete
  13. da kenapa dia jadi cemtu.. haha misteri CikNor hehe..
    sabar na. dugaan duduk ramai2 cemtu la..

    ReplyDelete
  14. mungkin dia nk mkn span tu sblm cicah dgn budu #husnuzon hahahahahahahah

    ReplyDelete
  15. allahuuu peliknya perangai rebus spann bagai..

    ReplyDelete
  16. First time dengar orang rebus span ni cik nor. Tak tau la apa masalah dia tu. Bila menyewa ni macam-macam peel orang kita jumpa kan. Sabar ye Cik Nor

    ReplyDelete
  17. mungkin dia masih mamai lagi ciknor. hehehehe..

    ReplyDelete
  18. hati2 kalau dia rebus sup bunjut.. sihir.. hahaha

    ReplyDelete
  19. dia nak matikan kuman tu.. adui la hai.. beli jela span basuh pinggan lain.. lepas simpan jgn bagi org pakai. Sampaikan rebus bagai.. memang pelik..

    ReplyDelete
  20. macam-macam versi cerita housemate nie. lain org lain ragam. mcm sy dulu housemate suka rembat sabun. makanan n mcm2 lagi.huhuuh

    ReplyDelete
  21. Agaknya dia rasa ada orang lain telah menggunakan span cuci pinggan dia tu.
    Tapi rebusla dalam periuk sendiri kanssss...

    ReplyDelete