Breaking News

Sinopsis Nur 2



SINOPSIS NUR 2

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

PELAKON : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Elmy Moin, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzani, Iman Zulkarnain

26 comments:

  1. Semua orang ckp tentang drama nur 2 ni...
    Moga nur 2 juga akan memberi impak dan pengajaran yg lebih power dari yg first :)

    ReplyDelete
  2. Semalam baru anak akak tanya pasal drama ni..akak mmg tak tahu apa2 pasal drama ni..kebetulan pulak singgah sini..baru ku tau..cam best jer..tq utk sinopsis.

    ReplyDelete
  3. Cepat-cepat kita scroll, taknak baca sinopsis hahahahaha nak suspen

    ReplyDelete
  4. Alahai makin seram pulak baca sinopsis Nur 2 .Tengok promo dia pun hati rasa sakit sangat sangat. Saya tak nak tengok sebab geram dengan hamadi dan aisyah. Tunggu episod last nanti. Hahaha

    ReplyDelete
  5. yang Nur 1 tak tengok pun..dah keluar dah Nur 2

    ReplyDelete
  6. episod 1 pun dah gerammmmm...eeee

    ReplyDelete
  7. Berdebar bila baca filem Nur ni, mesti tak sabar tunggu setiap episod..
    Geram dengan Hamadi.. Juita pula cuba masuk jarum..

    ReplyDelete
  8. Mesti meletup juga Nur 2 ni sebab Nur 1 dlu best hehe

    ReplyDelete
  9. sempat tgk sikit mlm td... tp bla byk scene 'flashback' sy rs mcm... erkk

    ReplyDelete
  10. tak mula tengok gi. tunggu bnyak2 episode sket.
    or selalu citer Melayu cheq terus tengok dah nak habis nanti hehe..

    ReplyDelete
  11. tak tengok NUR 2..Nur 1 haritu pun tgk gitu2 je..but jalan citer dia best, menarik...

    ReplyDelete
  12. dengar cite ada silap bacaan al-quran dlm citer ni..

    ReplyDelete
  13. baru tgk semalam. haishhh banyak nau konflik. tak sabar nk tau ending. haha

    ReplyDelete
  14. terlepas pulak episod semalam

    ReplyDelete
  15. yeahh bakap trending lagi drama nur kali ni

    ReplyDelete
  16. aduh Qekra tak sempat tgk lagi, maybe sbb pelakon dia x excited sgt haha. cuba pelakon remy ishak dgn mira filzah ke, mesti siap rekod lagi haha

    ReplyDelete
  17. x tengok pun lg sbb byk kerja rumah..huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. Hakak layan jugak drama Nur 2 ni Cik Nor....sebab Nur 1 dulu pun layan kan....
    Pelakon pun best best.... Sampai bulan puasa tak ek drama ni

    ReplyDelete
  19. tak sempat nak layan lagi..nanti² boleh tengok dekat YouTube :P

    ReplyDelete
  20. Kin x tgk lagi tggu banyak episode nak layan la.. Hahaha sibuk loni jadi jaga n bertudung dalam rumah

    ReplyDelete
  21. baca sinopsis je dah rasa betapa complicatednya drama nie.. dengan perangai Adam lagi.. ish.. memang tak tengoklah..

    ReplyDelete
  22. Nur 2 mesti lagi best ni.
    Banyak drama ni menang anugerah dalam DFKL baru-baru ni

    ReplyDelete