Ku Korbankan Hari Minggu..Demi Bilik Sewa
sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Minggu ni Cik Nor memang niat tak balik kampung sebab nak kemas bilik. Ye lah Cik Nor kan share bilik macam tak best la pulak kalau bilik bersepah. Paling tidak kena jugak ambik masa sebulan sekali untuk kemas bilik. Kalau hari kerja jangan harap la sempat buat. Balik kerja pun dah pukul berapa. Mana nak solat, nak mandi, makan lagi. Kena pulak kena buat review kat blog memang masak la nak buat semua tu.huhu
Korang semua maklumkan Cik Nor kena turun dari bilik atas ke bilik bawah sebab roomate Cik Nor dah pindah dan bilik bawak pun roomate dia pun pindah jugak. Nak tak nak kena turun bawah jugak la sebab kalau nak kat atas boleh tapi kena bayar 1 bilik seorang. Tak kuasa eh nak bayar satu bilik seorang. Bilik bukan lengkap pun. Katil dan tilam yang disediakan pun macam hidup segan mati tak mahu jer. Nak beli katil dan tilam sendiri macam tak berbaloi la pulak sebab Cik Nor sewa sini untuk tidur malam jer. Tiap hujung minggu mesti balik kampung dan datang semula pagi ahad.
Masa mula-mula masuk bilik bawah ni Cik Nor tak check apa yang bersih dan apa yang kotor. Cik Nor cuma masukkan barang dan guna bilik ni macam biasa. Bila dah lama terfikir jugak nak bersihkan semula. Mana tidaknya, tengok langsir berhabuk entah zaman bila lagi tak cuci. Kawasan Cik Nor ada la tikar plastik, Cik Nor biar dan guna macam biasa la. Hari ni tergerak hari nak check tikar tu bersih ke tak. Ya Allah..bila angkat jer tikar tu, Habuk dan debu melekat pada lantai. Patutla batuk Cik Nor lambat baik, bilik ni penuh dengan habuk dan debu. Bukan takat langsir dan tikar je, malah dinding pun tak ketinggalan penuh dengan sawang yang melekat kat dinding.
Agak mencabar jugak nak membersihkannya sebab barang roomate ni banyak dan takut pulak habuk dan sawang tu jatuh kat atas barang-barang dia. Bermula pukul 3.00 petang sampai pukul 9.00 malam baru siap mengemas. Berhenti rehat sekejap untuk solat. Dimulakan dengan membersihkan sawang kat dinding, kemudian cuci langsir dan buang tikar serta mop lantai. Tikar Cik Nor letak dalam bilik air untuk cuci dan ia dicuci sebelum Cik Nor mandi. Buat ni Cik Nor tak nak gunakan tikar tu lagi sebab susah nak sapu habuk dan nak mop lantai.
Rasanya misi hari ni dah tercapai dan esok punya misi harapnya tercapai jugak la. Tu pun kalau tak ada yang menggangu. Cik Nor ni suka mengemas tak nak menghias tu tak pandai..haha. Cik Nor bukan jenis pengotor tapi jenis suka sepahkan barang. Bukan barang makanan atau apa-apa barang yang boleh menjadikan bilik berbau kurang enak tapi barang untuk review. Siap buat revew Cik Nor tak kemas balik..hehe. Eh..panjang pulak membebel malam ni, harap korang tak boring membacanya. hehe
haiiii sama la hari minggu kita,cik sue sampai sakit pinggang dok vakum mop lantai,sapu sawang ruang tamu dan bersihkan kawasan mainan humaira,sampai bilik depan separuh je buat tak larat dah,sabtu la pulak sambung,sambil2 sorting nak buang mana-mana brg tak pakai hehehhe
ReplyDeletelebih kurang je kite ni ciknor, mengemas sana sini tapi tak sampai 10 minit dah selerak balik angkara anak dara sorang ni haha. Selamat berhujung minggu cik nOr
ReplyDeleteMurah ke sewa bilik di situ? If not, lebih baik pindah ke tempat lain.
ReplyDeleteHuhuhu kita surirumah ni pun sama, padahal cuci kemas hari-hari tapi tetap jugalah bersepah, debu dan ada jee tak kena Cik Nor ...
ReplyDeleteMemang kerja mengemas ni tak pernahnya habis ...
Cantik biliknya. Walaupun kecik tapi nampak kemas sangat ♡
ReplyDeleteJemput blogwalking ke blog saya :)
kin pun ada satu hari rajin nak buat semua... siap n kemas suka kan...
ReplyDeletesama je cik nor oi
ReplyDeletenak mengemas jugak ni hari ni plannye...tapi skang da 1.30 pagi, entah ke mana hajat tu...esok la pulak..hahahahahha
ReplyDeleteKalau part habuk debu dah banyak nak tak nak, memang kena kasi bersih kan.. Tuu memang mencabar cik nor.. Bagus ciknor buka habis tikor dalam bilik sewa tu.. Good job💪😍
ReplyDeleterajin Cik Nor jaga kebersihan... udara yang segar dan bersih buat kita sihat, jadi bilik tidur pon kena selalu dibersihkan betul tak... walaupun bekemas tu mmg memenatkan..
ReplyDeletehahahha. teringat mase ak duk rumah sewa dlu, kadang bosan sebab kita kemas, org lain sambil lewa je. memang ak jenis cannot sharing blik with others. hahaha
ReplyDeleteSamelah kita, hujung minggu keje mengemas aje. Huhh
ReplyDeletealahai cik nor jangan stress2 k... anggaplah ia syurga cik nor setiap hari k... hehe
ReplyDeletejom tlg kemas rumah sy sekali hehehehehe...
ReplyDeletejgn stress2 ok
Kerja mengemas ni tak pernah habis cik Nor.
ReplyDeleteYang penting kebersihan harus dijaga
Mudah2an bilik bawah lebih selesa selepas dikemaskan
ReplyDeletekemas penat2 habis separuh hari, 2 3 hari tgk2 dah bersepah balik. tuh lah hari2 sy dkt rumah.
ReplyDelete