Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan di Karnival Kewangan Terengganu
Assalamualaikum..
Bank
Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan
Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel
& Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima
selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.
Karnival
yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan
kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan
dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan
penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.
Satu siri
jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival
Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk
mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa
mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip
mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan
kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran
eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah
memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.
Pada 4
April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri
Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B
Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf
oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung.
Di
samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan,
komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang
dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor
Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif,
cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah
Pantai Timur turut dikongsi.
Karnival
Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000
pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi
kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta
menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800
pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar
perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat
kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah
berjaya disempurnakan.
Para
pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti
pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada
perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana
Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice,
Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.
Karnival
Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri
kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan
lagi tahap celik kewangan di Malaysia.
Bagusnya karnival ini..
ReplyDeleteBest pergi karnival ni, harap akan dianjurkan lagi lepasni..
ReplyDeletebgs ada program mcm ni sbb org ramai boleh mengambil peluang mengenali institusi perbankan lbh dkt
ReplyDeleteBagus ni dapat educate rakyat..
ReplyDeletemenarik karnival ni..
ReplyDeleteterbaek karnival ni :)
ReplyDelete