Khasiat Dan Kegunaan Daun Pandan
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Dah lama Cik Nor tak kongsi kebaikan pokok- pokok yang ada disekitar rumah kita. Faham-faham jer la, Cik Nor sibuk buat review. Eh..tak ada lah. Sebenarnya Cik Nor tak ada idea nak tulis apa. Malam ni macam tercetus idea nak kongsikan manfaat daun pandan untuk kesihatan kita bersama. Jom kita tengok apa manfaat tersebut
Khasiat Dan Kegunaan Daun Pandan
1. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Jika anda mendapati tanda-tanda gejala hipertension, seeloknya diatasi dengan segera. Anda hanya perlu merebus dua helai daun pandan dengan dua gelas air, biarkan mendidih hingga menjadi satu gelas. Minum dua kali sehari sehingga tekanan darah anda kembali normal.
2. Menurunkan Kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, amalan meminumair rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
3. Meringankan gejala sakit otot
Ambil daun pandan yang masih segar dua atau tiga helai. Kemudian cuci dan potong kecil-kecil. Sediakan setengah cangkir minyak kelapa yang telah dipanaskan dan satukan daun pandan dengan minyak tersebut. Kacau sampai rata, kemudian setelah sejuk gunakan ia sebagai minyak gosok pada bahagian tubuh yang sakit.
4. Sebagai ubat penenang
Jika anda susah tidur, anda boleh memanfaatkan daun pandan. Kandungan zat darinya memberikan kesan ketenangan seperti manfaat yang ada dalam coklat, sehingga dapat membantu cepat tidur. Caranya, ambil daun pandan lebih kurang dua helai , cuci dan potong kecil-kecil. Rendam dengan segelas air panas, kemudian tapis. Tunggulah hingga sejuk dan minumlah sekaligus.
5. Menambah SeleraMakan
Untuk menambah selera makan, Anda boleh membuat teh rebusan daun pandan. Caranya, rebus daun pandan dengan air. Setelah mendidih, tuang air rebusan daun pandan ke dalam gelas, lalu tambahkan madu atau gula secukupnya. Teh pandan suam yang sedap akan segera mengembalikan selera makan anda.
6. Mengatasi Panau
Bukan hanya mengganggu penampilan, panau juga akan membuat anda tidak selesa akibat rasa gatal yang ditimbulkan. Untuk mengatasi panau, anda perlu blend daun pandan terlebih dahulu. Selepas itu perah dan dapatkan airnya. Kemudian letak garam secukupnya. Minum satu kali sehari selama tiga hari berturut-turut.
7. Mengurangkan Demam
Demam boleh menyerang sesiapa sahaja, orang dewasa ataupun anak-anak. Demam biasanya menjadi pertanda bahwa tubuh sedang melawan infeksi. Orang yang demam akan mengalami peningkatan suhu tubuh sehingga menyebabkan rasa tidakselesa. Untuk menurunkan suhu demam, anda boleh meminum air rebusan daun pandan. Selepas meminum air rebusan daun pandan, panas tubuh anda akan segera turun dengan perlahan.
8. Mencegah Kanser
Tanpa kita sedari, pengambilan makanan yang tidak sihat akan menyebabkan tubuh kita menyimpan racun-racun berbahaya. Dengan meminum teh daun pandan boleh membantu tubuh mengeluarkan racun-racun tersebut. Selain itu, teh pandan juga mampu membunuh zat karsinogen yang menjadi penyebab utama penyakit kanser.
9. Mengatasi sembelit
Sembelit merupakan tanda kurangnya serat atau cairan tubuh. Pengambilan jus daun pandan diwaktu pagi dan malam hari dapat mengatasinya. Caranya rebus beberapa helai daun pandan dan minum air rebusan semasa suam.
10. Mengatasi Kembung Perut
Masalah perut seperti kembung boleh diatasi dengan pengambilan jus atau teh pandan. Tanaman ini baik untuk masalah pencernaan.
Memang banyak khasiatnyaa...dan juga kegunaannyaa...
ReplyDeleteSetiap rumah perlu ada pokok pandan ni kann...
Banyak jugak khasiatya ye Cik Nor.... tapi persoalannya berkesan ke idok?? Kena cuba baru tau. Rasanya tak rudi mencuba kan Cik Nor lagi pun bau daun pandan ni wangi....tak de masalah rasanya
ReplyDeleteBanyak gak khasiat daun pandan eh.. Baru taw
ReplyDeleteboleh tahan byk khasiatnya..yang akak selalu guna ..time masak .
ReplyDeleteuih..byk khasiat daun pandan yeak..ingt sebagai penambah haruman dalam masakan je atau pewangi kat rumah/kereta...
ReplyDeleteBanyak rupanya kegunaan dia.. selalu amik untuk buat pengat atau pun kuih je..
ReplyDeletetu sebab dulu seaneka masakan melayu guna daun inikan...
ReplyDeleteWah! macam-macam ya...
ReplyDeleteMrs. A selalu guna dalam masakan nak bagi bau wangi bubuh sehelai dua.
Kalau nak buat sirap tu letak time nak masakkan sirap tu
eh tak tau pun daun pandan boleh kurangkan kolestrol. Thanks for sharing..
ReplyDeletetetiba sy tingat mama sy x kasi tanam pokok pandan ni sbb dia takut ular duduk kt dlm tu hehehehe
ReplyDeletesuka bau pandan..kat rumah siap tanam dalam pasu lagi sebab tak ada tanah.
ReplyDeletetak sangka daun pandan ada macam2 khasiat lain untuk kesihatan ye...ingatkan untuk masak dan untuk potpuri ajeee
ReplyDeletemengurangkan kolestrol ?? boleh kurus cemni.
ReplyDeletehahaha ok nanti cuba rebus daun pandan =D
turunkan darah tinggi tu memang betul.Ada baca sape punya pengalaman. Nak kena tanam juga lah kalo macam ni punya banyak kahsiat
ReplyDeleteterbaek.. banyak khasiat :)
ReplyDeleteDaun pandan ini kalau mak mertua dia suka letak dalam cerek bagi air masak itu bau wangi..
ReplyDeleteWAHH BANYAK JUGAK KHASIAT DAUN PANDAN NI
ReplyDeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring