Breaking News

Bila Buka Blog Apa Korang Tengok Dulu?


Assalamualaikum..

Dah macam blogger femes Cik Nor ni. Siap tanya tu, kalau buka blog apa yang ditengok dulu. Korang mesti tengok pageview dulu kan. Cik Nor memang tak pandang pageview sebab memang dah tahu pageview Cik Nor tidaklah segempak pageview korang tu. Blog Cik Nor ni blog picisan jer. Tak ada apa yang hendak dibanggakan sangat selain dari coloteh Cik Nor yang tiada kesudahan.hehe.

Kalau Cik Nor buka blog mula-mula sekali mesti tengok komen. Kalau ada komen-komen baru dari kawan-kawan blogger yang sporting senyum sampai ke telinga. Iyerlah, kalau ada komen ni kita jadi semangat nak tulis blog. Tak kira lah catatan korang dalam blog tu adalah catatan merapu. hihi. Apa yang penting hasil penulisan korang dihargai dan dibaca oleh orang lain. Kiranya komen ni macam penguat semangat untuk kita terus berkarya kat blog kita.

Bayangkan setiap hari kalau korang tulis entry baru tapi tiada satu pun entry orang komen. Apa perasaan korang masa tu? Mest rasa tak ada semangat nak menulis kan. Itu sebab nya blogwalking tu penting dalam dunia blogging. Kalau korang rajin blogwalking blog orang, InsyaAllah orang tu akan balas balik kat blog korang. Tak percaya cuba orang buat. Blogwalking dan komenlah walaupun pun sepatah nescaya empunya blog pasti gembira.  Ini dari pengalaman Cik Nor sejak mula blogging dulu.

Memang tak dinafikan masa mula-mula tulis blog, sendiri tulis dan sendiri baca. Masa tu memang tak tahu apa-apa lagi tentang dunia blogging. Hanya tulis apa yang ada dalam kotak fikiran jer. Bila dah lama-lama dan tahu serba sedikit ilmu blogging maka setiap hari Cik Nor akan berkunjung ke blog pilihan Cik Nor. Kalau ada masa memang nak blogwalking semua tapi masa selalu cemburukan Cik Nor. Blogwalking mana yang sempat sahaja. Cik Nor mintak maaf kalau blog korang tak singgah yer.

14 comments:

  1. tgk keadaan... ada kala tgk komen, ada kala tgk PV ada kala tgk pos takut tersalah schedule ;-)

    ReplyDelete
  2. Kinah tengok komen je. Pageview kinah tau dah tak banyak mana pun huhu

    ReplyDelete
  3. meh la jale2 ke blog abe kie pulop!

    ReplyDelete
  4. ray pun singgah mana yg smpt je. but it's a part of my routine. seronokkkkk

    ReplyDelete
  5. Tengok keadaan jugaklah.. ada masanya nak tengok komen dulu dan ada masanya nak tengok pv dulu. Tak kisahlah blog kita ni suam2 kuku je

    ReplyDelete
  6. Kalau takde entri terbaru, jalan2 kat reading list dulu

    ReplyDelete
  7. Sama.. Tgk komen dulu.. Hehe.. Betul sgt.. Kalau tgk tak ada org komen kat entry kita, rasa tak semangat.. Rasa syok sendiri pulak.. Kita tulis tak ada org baca.. Haha.. Pdhal ada je org baca cuma mgkn dia malas nak komen.. Saja singgah nak baca info yg kita share tu je.. Tapi mmg wajib check komen dulu bila bukak blog.. N blog cik nor kena singgah.. Blog pilihan gitu...

    ReplyDelete
  8. Fiza mula2 mesti tgk komen. Pageview kadang2 sebulan sekali je tengok al maklumlah blog kira sendu je.. ada orang komen pun rasa bersyukur.. hehe

    ReplyDelete
  9. kita suka jalan2 singgah blog, suka baca entry uolsss yang mostly menarik :D

    ReplyDelete
  10. kite suka tgk komen dulu kot2 ade,,,pastu baru approve mane yg ok or bukan spam. tp blog pun suam2 kuku, kalo xde entry dan xde komen tu..ok jer...mood x dtg sgt nak memblog nih..ekekek

    ReplyDelete