Seronok Jadi Orang Kampung
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum
Amboi tajuk entry Cik Nor kali ni kemain. Apa yang dia nak cerita tak tahu la. Korang tunggu jer la cerita merapu ke tak dari Cik Nor. Dah la tulis entry ikut suka dia. Time rajin bersepah entry baru. Time malas 3 4 hari belum tentu ada entry baru. Bertabahlah korang kalau singgah blog Cik Nor ni. hehe
Berbalik kepada tajuk tadi, memang best sangat jadi orang kampung. Nak-nak lagi bila musim buah-buahan. Alahai..Cik Nor ni jenis tak ada kebun macam orang lain. Takat pokok manggis, limau bali, mangga ringan tu ada la kat kawasan rumah. Kalau rambutan, langsat, duku atau lain-lain buahan memang kena beli la kalau nak makan.
Bila dah kata orang kampung, terasa jer nak makan boleh jer pergi kait kat pokok orang. Bukan curi yer tapi tuan dia dah pesan. Kalau nak makan kait jer sendiri walaupun tuan tanah tak ada. Memang begitu lah pesanan setiap jiran-jiran kampung Cik Nor. Kalau nak makan pandai-pandai lah g panjat atau kait. Jangan harap tuan tanah tolong panjat atau kait untu kita.haha
Minggu lepas kawan sekampung, kawasan rumah dia banyak pokok buah dokong. Dia whatsapp suruh pergi panjat buah dokong depan rumah dia. Orang dah suruh , kita apa lagi. Bawak rakyar jelata g panjat. Satu pokok jer pun tapi buahnya Ya Allah..banyak sangat. Tu pun tak habis ambik terutama yang hujung-hujung dahan. Dapat la 3 plastik besar hari tu.
Alhamdulillah, dapat lah anak buah bawa balik ke Gua Musang..Buah dokong ni manis tapi awas boleh buah korang sakit urat. hihi. Cik Nor bantai jer tapi bila tidur sakit yang amat.hiihi. Masa g panjat buat dokong tu bukan saja dapat buah dokong, Cik Nor dapat juga buah asam gelugor. Susah nak dapat buah asam ni. Tanya dia RM berapa, dia cakap dia bagi jer. Alhamdulillah..murah rezeki mu Akma.
Itu lah bestnya hidup dikampung.
Yessssssssssss. Betul.
ReplyDeletekemain tajuknya cik nor... bak mai skit buah tu nak rasa seronok gak jd org kg... keke
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu lg meriah bila tiba musim buah. Siap gi tidur dlm pondok d dusun sbb nak tunggu durian gugur. Tp skrg pokok2 tu dah tua n x berbuah lg. Huhuhu...
ReplyDeleteha'ah best duk kat kg..rasa nak makan buah, pi panjat je pokok..freee..kat KayEll ni, kena beli la kalau teringin nak makan..untung org duk kampung..hehe
ReplyDeleteMak mentua Cik Ash ada kampung tapi terbiar begitu tanah dia penuh pokok sayang.. wahhhh limau baliiiiii mengidam nak makan limau tu lama dah hahahha
ReplyDeletelamanya dop makan limau baliiiii!!!!
ReplyDeletealhamdulillah, setuju sangat. paling best, petik ja buah2 kat pokok dan terus makan. alhamdulillah nikmat daripada Allah Taala
ReplyDeletebetul.. memang best kalau ada kampung ni hahaha
ReplyDeleteAbah pun ada kebun kat Gua Musang CikNor..CikNor duk sana jugak ye?
ReplyDeleteseingat sy, zaman kanak2 dulu kalau tiba musim buah nak mkn je buah, petik or panjat or cari galah. rasa mcm mewah sgt dgn buah2an...
ReplyDeleteMemang betul seronok jadi orang kampung ..asal kita orang kampung ..masuk bandar wadui berfikir bagaimana nak bertahan di bandar..segala2 perlu duit cik nor
ReplyDelete